Ciri luaran dan dalamannya diberi nafas baru bagi tampil lebih sporty dan bergaya serta kekal dengan imej maskulin yang dikuasakan dengan enjin diesel 2.5 liter Sistem Geometri Boleh Ubah (VGS) Turbo Intercooler.

Ketua Pegawai Eksekutif Isuzu Malaysia, Kenji Matsuoka berkata, kualiti kerangka dan enjin menjadikan kenderaan itu sesuai untuk laluan lasak dan pada masa sama dilengkapi ciri serta sistem terkini.
“Mu-X disasarkan pada mereka yang sudah berkeluarga tetapi mahukan kenderaan yang aktif dan boleh memuatkan tujuh penumpang serta paling penting, memberikan prestasi enjin yang mantap sekali gus menjimatkan bahan api,” katanya pada majlis pelancaran, baru-baru ini.
Mu-X mula dibawa masuk dalam pasaran tempatan pada Jun 2015 dan selama dua tahun dilancarkan, ia sudah terjual lebih 700 unit. Untuk ruang dalaman, ia diberi kemasan premium dengan panel bercorak kayu pada trim pintu dan papan pemuka hadapan mewujudkan elemen mewah.

Isuzu Mu-x didatangkan dengan empat pilihan warna baru iaitu Havana Brown Mica, Silky White Pearl, Titanium Silver Metallic dan Cosmic Black Mica yang diimport sepenuhnya (CBU) dengan dua varian pada harga jualan daripada RM176,640 untuk varian 4x2 serta RM183,000 untuk 4x4.
0 comments:
Post a Comment