My Blog List

Translate

  • PANAS

    Sunday, 5 February 2017

    Bayi Maut Dikelar Ibu Sendiri



    Seorang isteri anggota tentera berpangkat koperal yang dipercayai mengalami gangguan emosi bertindak di luar kawalan apabila mengelar leher kiri bayi perempuannya berusia dua bulan hingga mati dengan sebilah pisau pemotong sayur dalam kejadian di kuarters Kem Desa Pahlawan, Kok Lanas di sini semalam.

    Dalam kejadian­ kira-kira pukul 2.45 petang itu, bayi berusia dua bulan dikenali, Nur Areesa Sofea Jiry ditemui di atas tilam selepas dikelar ibunya yang berusia 32 tahun di kediaman mereka di tingkat dua sebelum kejadian tersebut di sedari jirannya.

    Ketua Polis Kelantan, Datuk Dr. Ab. Rahman Ismail berkata, mangsa ditemui berlumuran darah di atas tilam di ruang tamu rumah berkenaan, manakala ibunya turut berada di tempat sama sebelum ditahan pihak polis bagi membantu siasatan. Beliau memberitahu, mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk bedah siasat.

    Katanya, ketika kejadian suami suspek tiada di rumah kerana keluar ke kedai berhampiran. “Ketika kejadian hanya anak sulung suspek berusia sembilan tahun dan seorang lagi anaknya berada di tempat kejadian, namun kedua-duanya sempat menyelamatkan diri dengan keluar dari rumah selepas melihat kejadian tersebut.

    “Hasil pemeriksaan polis mendapati, suri rumah itu berkemungkinan mengalami gangguan emosi. Pisau pemotong sayur yang dipercayai digunakan suspek turut dijumpai di lokasi kejadian,”­ kata­nya pada sidang akhbar di sini semalam.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Bayi Maut Dikelar Ibu Sendiri Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top