My Blog List

Translate

  • PANAS

    Saturday 4 February 2017

    Israel Halang Perdamaian – AS





    Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump kelmarin menyatakan tindakan rejim Zionis meluaskan atau membina penempatan haram di atas wilayah yang dijajah tidak membantu proses damai bersama Palestin. 

    Pengumuman itu dilihat sebagai bercanggah dengan kenyataan AS sebelum ini yang lebih menyebelahi tindak-tanduk Israel. Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan dua minggu sebelum Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menemui Trump, White House menyatakan pihak pentadbiran AS ‘belum campur tangan secara rasmi dalam aktiviti penempatan haram itu’.

    Trump, wakil Parti Republikan, telah memberi isyarat bahawa beliau mungkin bersikap lebih bertolak ansur berhubung projek-projek penempatan itu berbanding presiden sebelum ini daripada Parti Demokrat, Barack Obama.

    Pengumuman terkini itu seolah-olah memberi tafsiran baharu bagaimana pihak pentadbiran Trump menilai aktiviti penempatan berkenaan.

    “Pada ketika kami tidak percaya bahawa kewujudan penempatan sedia ada menjadi penghalang kepada proses damai, tindakan membina penempatan baharu atau meluaskan penempatan semasa melebihi had sempadan mungkin tidak membantu mencapai matlamat tersebut,” kata White House dalam satu kenyataan.

    Kenyataan itu mungkin mengecewakan Israel yang mengharapkan Trump memberi sokongan sepenuhnya ke atas pembinaan penempatan haram besar-besaran di Tebing Barat dan timur Baitulmuqaddis. Kawasan itu merupakan tanah yang dijajah dan dirampas Israel sekitar tahun 1967 ketika tercetusnya perang antara Arab dan Israel.

    Reaksi pertama Israel berhubung kenyataan itu disuarakan Duta Israel ke AS, Danny Danon dengan berkata, terlalu awal untuk menyatakan bagaimana ia boleh menjejaskan projek pembangunan masa hadapan.

    “Ia terlalu awal untuk bercakap... saya tidak akan menyifatkan itu sebagai pusingan U oleh pentadbiran AS tetapi isu itu nampaknya dalam agenda mereka. Isu ini akan dibincangkan apabila Perdana Menteri (Netanyahu) bertemu Presiden (Trump) di Washington,” kata Danon kepada stesen radio, Israel Radio.

    Minggu lalu, Israel ada mengumumkan mereka akan mendirikan kira-kira 2,500 tempat tinggal di Tebing Barat, di atas tanah negara Palestin. Tindakan itu diselar rakyat Palestin dan Kesatuan Eropah.  
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Israel Halang Perdamaian – AS Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top