My Blog List

Translate

  • PANAS

    Saturday, 4 February 2017

    Atlet Olahraga Bakal Ke Afrika



    Keputusan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) untuk menghantar barisan atlet olahraga negara ke Afrika Selatan disambut baik jurulatih pecut negara, Mohd Poad Md Kassim. 

    Selepas sekian lama menunggu dan berdepan situasi ‘tarik tali’ berhubung isu tempat latihan sama ada ke Amerika Syarikat atau ke Australia, kini seramai 12 atlet olahraga dijangka berlepas ke Johannesburg pada 16 Februari ini.

    Perkhabaran itu membuatkan barisan pelari pecut terutamanya pemegang rekod 100 meter, Khairul Hafiz Jantan menarik nafas lega. Kata Poad, Afrika Selatan adalah pemilihan tepat selepas hasrat ke Amerika Syarikat tidak dapat dipenuhi kerana masalah teknikal.

    “Ya, saya gembira kami akan ke Afrika Selatan. Seperti dimaklumkan (Presiden KOM) Datuk Karim (Ibrahim), Afrika Selatan lebih baik daripada Australia jika dilihat dari segi persaingan. “Berdasarkan pengalaman saya ketika Kejohanan Remaja Dunia lalu, beberapa atlet dari Afrika Selatan sudah melakukan catatan di bawah 10 saat dan itu memberi persaingan sihat kepada atlet negara nanti,” katanya.

    Seperti dimaklumkan sebelum ini, selain menjalani pertandingan, Poad akan menggunakan tempoh 66 hari di sana untuk mendalami ilmu dan sistem latihan barisan atlet di sana. Ia diharapkan akan dapat membantu perkembangan atlet negara dalam usaha melahirkan lebih ramai pelari pecut berbakat.

    Antara 12 atlet yang akan berkampung di Afrika Selatan membabitkan Khairul Hafiz, Badrul Hisyam Abdul Manap, Azam Masri, Jonanthan Nyepa, Muhammad Haiqal Hanafi, G Aravinn Thevarr dan Rayzam Shah Wan Sofian. Atlet wanita pula dibarisi Shereen Samson Vallabouy, Zaidatul Husniah Zulkifli, Nurul Faezah Asma Mazlan, S Komalam dan Siti Fatimah Mohamad.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Atlet Olahraga Bakal Ke Afrika Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top