My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 8 February 2017

    JDT Gigit Jari




    HAJAT skuad Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk membuat penampilan pertama pada saingan Liga Bola Sepak Juara-Juara Konfederasi Bola Sepak Asia (ACL) tidak kesampaian apabila tewas 0-3 kepada kelab Jepun, Gamba Osaka dalam aksi playoff di Stadium Suita City Football, Osaka petang semalam. 

    Kekalahan tersebut menyaksikan juara Liga Super 2016 itu kembali bersaing pada kempen Piala AFC yang mereka menangi pada musim 2015. Begitupun, di sebalik kegagalan itu, JDT menjadi pasukan pertama negara berjaya mara ke pusingan playoff ACL selepas menewaskan kelab Thailand, Bangkok United 5-4 pada peringkat kelayakan minggu lalu.

    Pada perlawanan semalam, JDT bukan saingan Gamba Osaka walaupun mereka dilihat agak kental bertahan menerusi asakan bertali arus pasukan tuan rumah pada 15 minit pertama permainan. 

    Bagaimanapun, juara ACL edisi 2008 itu berjaya memecah kebuntuan menerusi jaringan pemain import, Ademilson pada minit ke-26 sebelum Shun Nagasawa menggandakan kedudukan tiga minit kemudian.

    Pada babak kedua, JDT kembali dengan aksi yang lebih bertenaga, malah berpeluang meloloskan diri tetapi jentera pertahanan Gamba Osaka kental bertahan. Namun selepas itu, permainan kembali dikuasai pasukan tuan rumah yang menyaksikan mereka menghasilkan gol ketiga menerusi Genta Miura pada minit ke-69.

    Gamba Osaka mula memperlahankan rentak permainan tetapi barisan pemain JDT tetap sukar untuk memecah kubu pasukan lawan. Kemenangan tersebut membolehkan Gamba Osaka meneruskan kemaraan, sekali gus bersaing pada peringkat kumpulan kejohanan berprestij di Asia itu.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: JDT Gigit Jari Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top