My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday, 7 February 2017

    MOT Tidak Mahu Tragedi Bot Karam Di Sabah Berulang



    Insiden bot pelancong karam di perairan Pulau Mengalum terus mendapat perhatian. Dalam perkembangan terbaru, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai kesal dengan tragedi ini yang beliau sifatkan sebagai mencemar industri perlancongan di negeri Sabah.

    Beliau menegaskan, pihaknya memandang serius perkara ini kerana ia adalah satu kesalahan yang berat dan berharap pihak yang bertanggungjawab dikenakan tindakan keras. Ujarnya, kejadian yang meragut empat nyawa pelancong China itu adalah kes yang serius kerana bot berkenaan membawa muatan berlebihan.

    Bagi mengelakkan tragedi seumpama ini berulang, Kementerian Pengankutan akan bekerjasama dengan kerajaan Sabah dalam usaha mengelak insiden bot karam berulang, sekali gus memberi kesan kepada industri pelancongan di negeri ini.

    Dalam kejadian pada 28 Januari lalu, sebuah bot jenis katamaran membawa 31 orang termasuk 28 pelancong China, karam di perairan Pulau Mengalum menyebabkan empat pelancong warga China meninggal dunia, lima hilang dan 22 terselamat.

    Dalam perkembangan yang sama, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, kementeriannya akan membantu Sabah bagi membangunkan Pelabuhan Sepanggar di negeri ini. Beliau memberi jaminan bahawa kementerian mempunyai kepakaran dan kemudahan untuk membantu memajukan Pelabuhan Sepanggar menjadi seperti Pelabuhan Klang.

    Beliau berkata, Pelabuhan Klang menyaksikan 26 pergerakan kapal dalam tempoh sejam berbanding hanya tujuh pergerakan kapal sejam di Pelabuhan Sepanggar. Oleh itu pihak kementerian bersedia membantu dan akan turun semula ke Sabah pada akhir bulan ini untuk berbincang secara teliti dengan kerajaan negeri dan Persatuan Perniagaan Cina.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: MOT Tidak Mahu Tragedi Bot Karam Di Sabah Berulang Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top