My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday, 7 February 2017

    #PRKTjgDatu : Corat Coret Hari Keempat



    Memasuki hari keempat kempen Pilihan Raya Kecil N03 Tanjung Datu, keadaan masih tidak banyak berubah dengan suasana kempen masih belum benar-benar dirasai di sini. Rata-rata penduduk yang ditemui menyedari akan kehadiran pilihan raya kecil namun mereka langsung tidak berminat untuk bercerita tentang politik semasa selagi belum tiba harinya.

    Walaupun diberitakan bahan kempen untuk Barisan Nasional sudah mula tiba, namun, masih belum ada sebarang gerak kempen di lakukan. Di pihak pembangkang, mereka lebih senang mengadakan kempen kecil-kecilan berbanding melakukan kempen menerusi pentas-pentas ceramah seperti kelaziman mereka sebelum ini.

    Berikut merupakan corat coret hari keempat Pilihan Raya Kecil N03 Tanjung Datu pada kaca mata penulis sendiri.

    1. Mungkin kerana perubahan cuaca yang agak ketara, penulis mengalami demam yang agak teruk pada awal pagi hari keempat penulis di Lundu. Inilah peluang terbaik penulis untuk mengunjungi Hospital Lundu, satu-satunya hospital kerajaan yang ada di sini.

    2. Mungkin kerajaan negeri dan pusat perlu memberi perhatian kepada hospital ini kerana dari penglihatan penulis, hospital ini wajar di perbesarkan serta di naik taraf fasiliti yang ada di hospital ini. Bayangkan, hospital ini menjadi tumpuan lebih 32 ribu penduduk di DUN ini dan jika diambil pengalaman penulis yang mahu mendapatkan rawatan pada hari Isnin, ianya cukup sesak.

    3. Suasana tenang masih menyelubungi DUN ini tanpa ada sebarang gerakan aktif mana-mana calon yang bertanding di kerusi ini. Bagi Barisan Nasional, seperti sebelum ini, kebanyakan program mendekati rakyat dilakukan semasa kenduri tahlil untuk Allahyarham Tok Nan di sura-surau dan masjid-masjid sekitar Lundu.

    4. Bagi pembangkang terutamanya calon STAR, Johnny Aput, beliau lebih senang mengadakan walkabout di sekitar pekan berbanding memasuki kawasan pendalaman. Bagi pesaing Johnny, Rapelson Richard Hamit, langsung tidak ada sebarang kempen agresif yang beliau lakukan sepanjang 4 hari ini.

    5. Buat pertama kalinya, cuaca di Lundu agak panas berbanding 3 hari sebelum ini. Ini memberikan peluang buat petugas media mendekati rakyat di DUN ini bagi mendapatkan respon terkini.

    6. Mungkin minggu ini cukup tenang, kebanyakan petugas media lebih banyak meluangkan masa melepak di sekitar Pantai Pandan dan Sematan sebelum mereka berhadapan dengan suasana kempen sebenar, seminggu sebelum hari pembuangan undi.

    7. Sehingga kini, antara individu yang di lihat sibuk membantu kempen calon BN, Datuk Amar Hajah Jamilah Anu adalah anaknya sendiri, Azizul Adenan yang cukup aktif bergerak bersama-sama Pengarah Pilihan Raya N03 Tanjung Datu merangkap Ahli Parlimen Santubong, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
    8. Walaupun pekan Lundu ini agak kecil dan kemudahan internet belum mencapai tahap memuaskan, namun jangan terkejut andai anda mendapati, masih ada penggemar permainan Pokemon Go sibuk mencari Pokemon di pekan ini. Secara amnya, terdapat lebih 20 Pokestop dan lebih 5 Gym di sediakan di pekan kecil Lundu dan Sematan.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: #PRKTjgDatu : Corat Coret Hari Keempat Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top