My Blog List

Translate

  • PANAS

    Saturday, 4 February 2017

    Nak Jimat RM7 Sanggup Abai Nyawa



    Hanya semata-mata mahu menjimatkan bayaran jeti RM7, ada segelintir pengunjung ke pulau peranginan sekitar bandar raya ini bertindak mengabaikan keselamatan masing-masing dengan mengambil bot dari jeti yang tidak dibenarkan untuk operasi bot pelancong ke pulau berkenaan. 

    Tindakan pengunjung itu sebenarnya menggadai nyawa sendiri kerana faktor keselamatan bot dari jeti haram kurang diberi perhatian, apatah lagi jika membabitkan kanak-kanak. Terdorong dengan tawaran harga murah itu, mereka secara sukarela menaiki bot dari jeti yang tidak dibenarkan untuk operasi bot pelancong.

    Untuk rekod, pengusaha bot pelancong hanya boleh beroperasi di tiga jeti iaitu Jesselton Point, Sutera Harbour dan Shangri-La Tanjung Aru (STAR). Tinjauan Harian Metro di Segama Waterfront dan Pasar Filipina di sini, baru-baru ini mendapati, ada pengusaha bot bertindak mengambil dan menurunkan pelancong di jeti di kawasan berkenaan.

    Ia disebabkan harga yang ditawarkan lebih murah iaitu antara RM13 hingga RM23 untuk seorang dewasa. Ini berbanding bayaran daripada RM30 hingga RM33 termasuk yuran jeti dan tambang bot, jika menaiki bot dari tiga jeti yang dibenarkan untuk pengusaha bot pelancong.

    Ketika di Segama Waterfront, terdapat tiga lelaki yang berlegar-legar menunggu pelancong di kawasan itu dan mengaku memberikan perkhidmatan bot ke tiga pulau di daerah ini dengan harga lebih murah berbanding di jeti sah.

    Mereka menghampiri penulis dan menawarkan harga pakej untuk seorang dewasa dari RM23, RM33 dan RM43, masing-masing untuk lawatan satu, dua atau tiga pulau. Menurutnya, ia lebih murah kerana sudah termasuk yuran jeti sebanyak RM7.65 untuk pelancong dewasa yang tertera pada katalog yang mereka sediakan.

    Sedangkan, penumpang tidak menyedari bahawa jika mereka menaiki bot dari jeti haram, mereka tidak perlu membayar yuran jeti berkenaan. Malah, bot juga disediakan pada bila-bila masa untuk pengunjung yang mahu menggunakan perkhidmatan mereka ke pulau peranginan berkenaan seawal jam 8 pagi dan kembali semula ke bandar raya ini selewat-lewatnya jam 5 petang.

    Apabila ditanya mengenai nama syarikatnya, mereka berdalih menyatakan pejabat terletak tidak jauh dari kawasan itu dan ia sangat meragukan sekiranya mereka mempunyai lesen sah untuk beroperasi.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Nak Jimat RM7 Sanggup Abai Nyawa Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top