Kegiatan tiga lelaki tempatan yang aktif memproses dadah sejak beberapa bulan lalu terbongkar selepas mereka ditahan polis di sebuah rumah teres di Lorong Stampin Tengah di sini Selasa lalu.
Dalam serbuan kira-kira pukul 11 malam itu, polis merampas dadah jenis syabu dengan berat keseluruhan sebanyak empat kilogram membabitkan nilai rampasan berjumlah RM1.1 juta.
Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mazlan Mansor berkata, rumah tersebut didiami salah seorang suspek yang menjadikan kediaman itu sebagai makmal dadah.
0 comments:
Post a Comment