Penerbangan selama satu jam 40 minit dari Kuala Lumpur International Airport (KLIA) menuju Kuching International Airport (KIA) tidaklah begi lama untuk di nikmati. Cuma, apa yang menyebabkan penulis tidak sabar adalah cabaran penulis sebaik sahaja menjejakkan kaki di Kuching untuk menuju ke DUN Tanjung Datu.
Bukan tidak pernah kesana sebelum ini cuma apa yang menarik, perjalanan kali ini akan melalui jalan yang tidak pernah dilalui oleh penulis sebelum ini. Berikut merupakan corat coret hari pertama perjalanan Pilihan Raya Kecil N03 Tanjung Datu.
1. Jarak perjalanan antara Kuching ke Tanjung Datu memakan masa kira-kira satu jam 45 minit sehingga dua jam bergantung kepada keadaan lalu lintas dan pemandu itu sendiri.
2. Terdapat dua jalan untuk ke Lundu, lokasi di mana bakal menjadi tumpuan sepanjang Pilihan Raya Kecil kali ini. Kita boleh melalui jalan Bau - Lundu yang dilihat agak memenatkan. Ini kerana, jalan ini dilabelkan sebagai jalan darat dan ianya akan memakan masa yang agak panjang berbanding jalan Kuching - Sampadi.
3. Jika memilih jalan Kuching - Sampadi, jaraknya lebih singkat. Namun, kita terpaksa menempuh perjalanan menggunakan feri selama 10 hingga 15 minit serta melalui hampir 10 buah jambatan sempit yang hanya boleh dilalui oleh sebuah kenderaan pada satu-satu masa.
4. Laluan Kuching - Sampadi mungkin agak mengerikan buat pemandu yang tidak gemar memandu di jalan yang gelap pada waktu malam. Ini kerana, jarak rumah penduduk di kawasan ini agak jauh selain kekurangan lampu jalan yang menerangi jalan dua lorong ini.
5. Suasana malam di Pekan Lundu sama seperti pekan-pekan kecil yang lain di mana pada waktu malam agak suram. Hanya deretan beberapa kedai makan, stesen minyak seperti Shell dan Petronas serta beberapa buah bank sahaja yang masih menjadi tumpuan penduduk di Lundu.
6. Lundu merupakan pekan utama yang menjadi tumpuan buat mereka yang ingin berkunjung ke Taman Negara Tanjung Datu, Pantai Sematan, Teluk Melano dan beberapa buah pantai di DUN ini. Walaupun mungkin pekan ini agak kecil, namun segala keperluan ada disediakan di sini.
7. Taman Negara Tanjung Datu menyajikan pendakian sebuah gunung serta air terjun yang cukup cantik. Di sini juga turut disediakan tapak perkhemahan serta beberapa buah chalet untuk didiami oleh pengunjung.
8. Bagi yang tidak boleh berpisah dengan kemudahan Internet, jika berada di Lundu, tidak ada masalah dengan talian telco yang ada di Malaysia. Namun, jika kita keluar dari pekan Lundu, ianya mungkin akan sedikit menganggau aktiviti media sosial anda.
9. Gemar memakan makanan laut? Anda boleh menikmati makanan laut sepuas-puasnya dengan kadar harga yang berpatutan.
0 comments:
Post a Comment