My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday, 8 February 2017

    #PRKTjgDatu : Corat Coret Hari Kelima



    Memasuki hari kelima, bahang kempen Pilihan Raya N03 Tanjung Datu semakin dirasai. Di pekan Lundu contohnya, deretan bendera Barisan Nasional sudah mula kelihatan dengan poster-poster juga sudah mula digantung.

    Sebagai rakan komponen Barisan Nasional negeri Sarawak, sokongan daripada parti SUPP pimpinan Datuk Dr Sim Kui Hian cukup bermakna. Kira-kira jam 10 pagi semalam, beliau meluangkan masa kira-kira 2 jam beramah mesra dengan penduduk di Lundu sambil ditemani oleh anak bongsu calon PRK DUN Tanjung Datu, Azizul Adenan dan jentera PBB yang lain.

    Berikut merupakan corat coret hari kelima kempen Pilihan Raya Kecil N03 Tanjung Datu.

    1. Keunikan kepelbagaian kaum dan etnik di Bumi Kenyalang ini cukup sukar ditandingi oleh mana-mana negeri di Malaysia. Di Lundu sebagai contoh, budaya sarapan pagi di kedai-kedai milik kaum Cina bukan perkara yang pelik buat anak jati Sarawak. Malah, terdapat peniaga dari kaum Melayu turut berniaga makanan di dalam premis yang dipunyai oleh kaum Cina di sini.

    2. Pekan Lundu yang biasanya agak sunyi secara tiba-tiba dipenuhi oleh para petugas media dan rombongan yang mengiringi Datuk Dr Sim dan Azizul Adenan dan kunjungan mereka jelas disambut meriah oleh warga Lundu.

    3. Buat hari kedua berturut-turut, Lundu dan kawasan sekitar tidak menerima hujan walaupun keadaan cuaca agak mendung dari pagi.

    4. Ramai yang mendakwa, bunga Reflesia dalam keadaan kembang di sekitar kaki Gunung Gading di Taman Negara Tanjung Datu. Ramai dikalangan petugas media dilaporkan pergi untuk melihat sendiri bunga terbesar di Asia ini.

    5. Antara aktiviti kegemaran pengunjung luar di DUN ini adalah berendam di air tejung Gunung Gading yang terdapat di sini. Ramai yang menganggap, lokasi air terjun ini bersih dan terpelihara serta dihiasi dengan dua kolam besar untuk kawasan riadah.

    6. Kesuaraman malam di Lundu sedikit diisi dengan peningkatan aktiviti penduduk setempat yang kebanyakannya membanjiri deretan kedai-kedai makan di sekitar pekan ini. Tinjauan pada jam 10 malam mendapati, masih ramai yang meluangkan waktu senggang mereka di kedai-kedai makan walaupun menurut beberapa orang di sini, kebiasaannya, jam 10 malah, banyak rumah sudah mula bergelap.

    7. Satu-satunya restoran makanan segera yang ada di pekan Lundu adalah restoran Sugarbun yang beroperasi dari jam 10 pagi sehingga 10 malam setiap hari.

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: #PRKTjgDatu : Corat Coret Hari Kelima Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top