My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 8 February 2017

    Bekas Perogol Bersiri Diharam Masuk Ke Sabah




    Kerajaan negeri Sabah telah mengharamkan bekas perogol bersiri rakyat Malaysia, S.Selva Kumar daripada memasuki negeri itu. 

    Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman berkata lelaki berusia 56 tahun itu tidak diterima negeri itu kerana boleh mendatangkan ancaman kepada orang awam khususnya wanita dan kanak-kanak. 

    “Kami tidak boleh mengambil risiko membiarkan individu yang berpotensi mendatangkan bahaya bergerak secara bebas. Kami perlu melindungi rakyat kami,” kata Musa dalam kenyataan di sini semalam. Katanya, Jabatan Imigresen Negeri telah diarah menguatkuasakan larangan itu dengan serta-merta.

    Selva Kumar dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam selepas menjalani hukuman penjara 24 tahun di Kanada atas kesalahan rogol dan melakukan serangan seksual terhadap hampir 1,000 wanita dan kanak-kanak. Pihak berkuasa Kanada mengusir pulang lelaki yang berasal dari Pulau Pinang itu selepas dibebaskan pada 29 Jan lepas.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Bekas Perogol Bersiri Diharam Masuk Ke Sabah Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top