My Blog List

Translate

  • PANAS

    Sunday 5 February 2017

    Tekong Bot Karam Dihukum Penjara Enam Bulan



    Tekong sebuah bot jenis catamaran yang karam sehingga menyebabkan tiga orang pelancong China mati lemas di Pulau Mengalum di sini pada Sabtu minggu lalu dijatuhi hukuman penjara selama enam bulan di Mahkamah Sesyen di sini semalam. 

    Tertuduh, Sharezza Salian, 26, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ainul Shahrin Mohamad.

    Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa kerana membawa penum­pang melebihi muatan di dalam sebuah bot melalui jalan air sehingga membahayakan nyawa ­penumpang pada pukul 9.15 pagi di Pondok Hentian Rehat, Lorong Mustapha Tuah, Kampung Tanjung Aru di sini pada 28 Januari lalu. 

    Berdasarkan fakta kes, siasatan menunjukkan tertuduh membawa penumpang melebihi jumlah dibenarkan seperti dinyatakan dalam lesen iaitu 12 orang sahaja.

    Tertuduh yang menetap di Kampung Pasir Putih, Pulau Gaya di sini didakwa mengikut Seksyen 282 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 memperuntukkan hukuman penjara enam bulan atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Tekong Bot Karam Dihukum Penjara Enam Bulan Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top