Presiden Donald Trump ‘menyerang’ mahkamah dan hakim, terutama hakim mahkamah daerah yang menghalang arahan sekatan perjalanannya dengan memberi amaran ‘'jika sesuatu berlaku salahkan dia (hakim) dan sistem mahkamah’.
Ketika menghabiskan hujung minggu di Florida, presiden itu meneruskan serangannya melalui Twitter terhadap hakim di Seattle, James Robart, yang mengeluarkan perintah sementara menghalang pelaksanaan arahan Trump itu, Jumaat lalu.
Semalam, Mahkamah Rayuan Persekutuan Amerika Syarikat menolak permintaan Jabatan Keadilan (DOJ) untuk melaksanakan semula arahan eksekutif Presiden itu. Pentadbiran Trump membuat rayuan terhadap perintah mahkamah rendah yang menggantung sementara pelaksanaan arahan eksekutif itu.
“Sukar untuk percaya seorang hakim sanggup meletakkan negara kita dalam bahaya. Jika sesuatu berlaku, salahkan hakim dan sistem mahkamah. Orang mencurah masuk. Teruk!” kata Trump melalui Twitter peribadinya @realdonaldtrump. Dalam tweet kedua, Trump menambah:
“Saya sudah arahkan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri supaya memeriksa DENGAN KETAT mereka yang datang ke negara kita. Mahkamah menjadikan keadaan amat susah!’
Pada 27 Januari lalu, Trump mengeluarkan arahan eksekutif melarang kemasukan semua pelarian selama 120 hari serta menyekat kedatangan pemegang pasport Iran, Iraq, Libya, Somalia, Sudan, Syria dan Yaman selama 90 hari.
0 comments:
Post a Comment