My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday 6 February 2017

    Gagal Umpan Anak



    Sepasang suami isteri selamba membawa tiga anak mereka menaiki kereta dengan muatan 120 ketulan ganja mampat 108.66 kilogram (kg) dipercayai dibawa dari sempadan negara jiran sebelum ditahan polis di Sungai Petani, dekat sini, Jumaat lalu. 

    Lelaki berusia 37 tahun dan isterinya, 31 tahun ditahan pada jam 5.30 petang oleh sepasukan anggota dari Pasukan Khas Taktikal dan Perisikan Narkotik (STING) Bukit Aman dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kedah berdasarkan maklumat awam dan risikan dilakukan.

    Ketua Polis Kedah, Datuk Asri Yusoff berkata, hasil pemeriksaan menemui ketulan ganja mampat di tayar simpanan kereta, selain tempat duduk alas kaki hadapan dan belakang kenderaan terbabit. Beliau berkata, pihaknya menahan pasangan itu yang membawa tiga anak berusia enam, lapan dan 10 tahun, dua daripadanya bersekolah di Pulau Pinang.

    “Suami isteri itu dipercayai mengambil dadah dari sempadan dan membawa anak mereka bersama untuk mengaburi pihak berkuasa supaya dilepaskan sekiranya ditahan pihak berkuasa.

    “Hasil soal siasat, kami turut menahan lelaki berusia 31 tahun di Sungai Nibong, Pulau Pinang antara jam 11.30 malam pada hari sama. Siasatan mendapati lelaki itu adik kepada suspek lelaki yang ditahan sebelum itu dan berasal dari Pulau Pinang,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen Kedah, di sini, semalam.

    Hadir sama, Ketua Unit Strike Force STING Bukit Aman, Asisten Komisioner Baharom Othman dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik IPK Kedah, Superintendan Helmi Aris. Asri berkata, hasil tangkapan itu, pihaknya merampas 49 ketulan ganja seberat 48.6kg yang disimpan di rumah suspek di Sungai Nibong, Pulau Pinang.

    Beliau berkata, jumlah keseluruhan dadah dirampas dalam kedua-dua serbuan ialah 169 ketul ganja mampat seberat 157.26kg bernilai RM470,000, selain wang tunai RM3,200 dan barang kemas RM7,500.

    “Mereka direman sehingga Jumaat ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan ketiga-tiga anak pasangan itu dibebaskan selepas diambil keterangan,” katanya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Gagal Umpan Anak Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top