Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Datu dijangka tidak berdepan masalah dalam menghadapi saingan pencabar dari Parti Reformasi Negeri (STAR) dan Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) Baru.
Penganalisis politik, Profesor Madya Jeniri Amir berkata, kedua-dua calon parti pembangkang itu yang menyaingi calon BN, Puan Sri Jamilah Anu bukanlah nama besar, malah mereka bukan anak tempatan dari kawasan Tanjong Datu.
Menurutnya, Johnny Aput (STAR) dan Rapelson Richard Hamit (PBDS) Baru bertanding dalam pilihan raya itu hanya sekadar untuk meraih populariti. “Saya percaya, mereka bertanding sekadar untuk memeriahkan pilihan raya kecil ini sahaja.
“Bagaimanapun, perkara itu tidak boleh diambil ringan oleh jentera BN kerana segala kemungkinan boleh berlaku kelak,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
0 comments:
Post a Comment