My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday 6 February 2017

    Bunuh Sebelum Tanam Rakan



    Teka-teki kehilangan seorang lelaki warga emas yang tidak pulang ke rumah selepas keluar memancing bersama tiga rakannya sejak Rabu lalu terungkai apabila mayat mangsa ditemui tertanam di Pulau Kalabakan Selatan dekat sini kelmarin. 

    Tiga rakan mangsa itu kemudian dikatakan me­larikan diri ke Bontang, Kalimantan, Indonesia. Mangsa Susanto, 64, warga Indonesia ditemui mati tertanam di dalam sebuah lubang kira-kira 12 tengah hari kelmarin selepas dipercayai ditikam menggunakan senjata tajam.

    Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Fadil Marsus berkata, berdasarkan pemeriksaan, mangsa yang bekerja sebagai buruh ladang di Kalabakan Selatan me­ngalami kecederaan teruk pada badan.

    “Hasil siasatan awal mendapati, mangsa cedera dan luka pada bahagian belakang rusuk kanan dan lengan kiri. Suspek dipercayai menggunakan senjata tajam. Tangan kanannya terdapat kesan lebam dan patah. “Mayat mangsa kini dibawa ke Hospital Tawau untuk siasatan lanjut,” katanya dalam satu ke­nyataan semalam.

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Bunuh Sebelum Tanam Rakan Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top