My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday, 6 February 2017

    #PRKTjgDatu : Corat Coret Hari Ketiga



    Memasuki hari ketiga, perjalanan kempen Pilihan Raya Kecil N03 Tanjung Datu, tidak banyak gerakan berkempen dilakukan oleh calon-calon pilihan raya kecil kali ini. Jentera Pilihan Raya Barisan Nasional dilihat mengadakan majlis tahlil di masjid-masjid sekitar DUN ini manakala calon STAR, Johnny Aput, mengadakan kempen walkabout di sekitar Sematan dan Lundu.

    Bagi calon Parti Bansa Dayak Sarawak Baru, Rapelson Richard Hamit, tumpuan kempennya banyak berada di sekitar Sampadi di mana di kawasan berkenaan, isu mengenai NCR sedang hangat diperkatakan. Masing-masing dengan caranya yang tersendiri sepanjang kempen kali ini. Berikut adalah beberapa corat coret hari ketiga, kempen Pilihan Raya Kecil N03 Tanjung Datu.

    1. Hujung minggu di Lundu hampir sama dengan kebanyakan pekan-pekan kecil yang lain di seluruh Sarawak. Bagi mereka yang beragama Krisitian, gereja-gereja menjadi tumpuan buat warganya memulakan hari minggu mereka.

    2. Makanan kegemaran Malaysia, roti canai ada di jual di pekan ini dan ianya disediakan oleh orang Melayu dengan harga yang cukup berpatutan. Seperti biasa, restoran yang menyediakan makanan ini menjadi tumpuan warga Lundu untuk menjamu selera bagi memulakan hari mereka.

    3. Boleh dikatakan, langsung tiada poster, banner dan bantung digantung di DUN ini. Bagi petugas media, ianya kelihatan seperti langsung tiada Pilihan Raya Kecil kerana kemeriahannya masih belum terasa. Dijangkakan, kira-kira seminggu sebelum hari pembuangan undi, barulah kemeriahannya dapat dirasai dengan poster, banner dan banting akan mula di gantung.

    4. Bagi mereka yang ingin lari sebentar dari bebanan kerja di hujung minggu, Pantai Pandan dan Pantai Sematan menjadi tumpuan para petugas media untuk melepaskan lelah dan menghirup udara nyaman di tepi laut.

    5. Siapa sangka, di DUN ini masih terdapat beberapa buah rumah panjang yang di diami oleh kira-kira 50 hingga 60 keluarga untuk setiap satu Rumah Panjang berkenaan. Kehidupan harian mereka banyak mengusahakan hasil tanah disamping membela haiwan peliharan masing-masing untuk stok bekalan manakan mereka seperti ayam, babi dan sebagainya.

    6. Pengalaman di kejar oleh seekor anak babi semasa sedang cuba mendapatkan berita, nyata satu pengalaman paling melucukan penulis sepanjang bertugas. Menurut penduduk di Rumah Panjang berkenaan, kebiasaannya, mereka akan mengurung haiwan berkenaan apabila terdapat satu-satu majlis dan melepaskannya jika tiada sebarang majlis berlangsung.

    7. Sebelum ini, penulis ada memberitahu, line internet di Lundu memang agak lemah tanpa mengira apa jua line telco. Satu-satunya line internet yang kuat adalah di Pusat Media yang dibuka oleh Kementerian Penerangan yang kini menjadi tumpuan petugas media pada Pilihan Raya Kecil kali ini.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: #PRKTjgDatu : Corat Coret Hari Ketiga Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top