Bermula dengan kereta Proton Saga Megavalve, transformasi Proton diterjemahkan dengan kehadiran Proton Ertiga, MPV pertama yang menggunakan teknologi EEV. Bagi kebanyakan orang, walaupun Proton hebat di kecam namun, Proton kekal dengan pendiriannya untuk melahirkan kenderaan yang diterima oleh rakyat Malaysia.

Bermula dengan usahasama Proton dengan Citroen sehingga terhasilnya Tiara, Renault sehingga terhasilnya Savvy dan ditambah pula dengan keengganan Mitsubishi membekalkan enjin untuk Proton Wira SE, semuanya telah menyebabkan Proton semakin hari semakin melemah. Pengenalan Gen 2 dan Neo juga gagal melonjakkan jualan mereka.
Apa sebenarnya berlaku? Mudah untuk kita simpulkan bahawa Proton berhadapan dengan keegoannya tersendiri selaku pemegang status syariket otomotif pertama negara. Bagi Proton, apa sahaja kehendak mereka akan diturutkan oleh semua pihak sehinggakan tanpa sedar, Proton telah membuat hutang mudah dengan kerajaan mencecah RM 14.5 bilion.
Situasi ini menjadikan Proton sebagai sebuah syarikat yang tidak memberi keuntungan kepada negara dan kerajaan pula dijadikan tempat untuk membuat pinjaman tanpa sekalipun berhajat membayar semula pinjaman berkenaan. Ini belum lagi mengambil kira hutang yang dibuat Proton kepada vendor-vendornya yang majoriti adalah syarikat yang ada hubung kait dengan Tun Dr Mahathir.

Bagi mengatasi pelbagai kemelut dalaman Proton yang sudah meninggalkan daki yang sukar untuk di tanggalkan, sebaik sahaja Mahathir meninggalkan Proton, kerajaan meminta Proton mencari rakan niaga mereka sendiri dalam memastikan Proton mampu berdaya saing pada masa akan datang.
Sejak dari itu, Proton berusaha menjalinkan kerjasama dengan Honda, Suzuki, Peugeot, Renault, Volkswagon dan beberapa lagi pengeluar otomotif terkemuka dunia bagi memastikan Proton mampu kembali bersaing setelah prestasi jualannya terus mencatatkan penurunan. Namun difahamkan, tiada satupun syarikat-syarikat berkenaan bersedia menjalinkan kerjasama dengan Proton akibat beberapa masalah yang sedang Proton hadapi.
Sehinggalah munculnya sebuah syarikat dari China, Geely Automotive yang bertanggungjawab dalam membekalkan part kepada Volvo, menunjukkan minat untuk menjalinkan kerjasama dengan Proton. Namun difahamkan, ada beberapa pihak dalaman Proton yang membantah kerjasama ini kerana Geely bukanlah jenama automotif yang gah di pasaran antarabangsa.

Pasaran automotif dunia kini sudah semakin kompleks. Hampir kesemua pembuat kereta berpusu-pusu memasarkan kenderaan yang mereka hasilkan ke pasaran dunia. Namun Proton masih kekal selesa bermain dalam pasaran negara sendiri. Jika Proton kekal dengan pendiriannya, tidak mustahil Proton bakal menjadi sejarah dalam pasaran automotif negara jika tiada sebarang tindakan komprehensif di lakukan.
0 comments:
Post a Comment