My Blog List

Translate

  • PANAS

    Sunday, 5 February 2017

    Warna-Warni Di Kaki


    Nampak biasa tetapi jika anda seorang stailista dan gila berfesyen, stoking turut menjadi pelengkap gaya seharian. Diketahui umum, sarung kaki bertujuan melindungi kaki daripada habuk dan kotoran. Kegunaannya penting sama ada untuk aktiviti luar, ke tempat kerja atau berjalan bersama rakan. 

    Ramai yang memilih warna selamat untuk dipadankan dengan kasut. Hitam, putih, biru gelap, antara warna biasa stoking yang dijual di pasaran. Namun, tahukah anda, stoking bercorak atau warna kontra mampu menonjolkan identiti ceria dan nampak lebih muda remaja? Kami akan memberikan anda inspirasi untuk lebih berani menggayakan sarung kaki dengan gaya tersendiri.

    NAIKKAN ‘MOOD’ GEMBIRA 

    Pengasas jenama terkemuka dari Sweden, Happy Socks Viktor Tell berkata walaupun hanya sepasang stoking, ia mampu mencambahkan kegembiraan bagi yang melihatnya. Oleh itu, pihaknya menghasilkan stoking pelbagai motif dan warna yang kini terjual di lebih 15 negara.

    “Kami mahu semua orang gembira walaupun hanya daripada pemilihan sarung kaki dipakai setiap hari. Apa yang mengejutkan, ramai fashionista gilakan stoking berwarna kontra. Kelompok ini kebanyakan daripada belia berumur 25 tahun berstatus eksekutif,” katanya ketika ditemu ramah portal fesyen dan berita, Iol.

    Gaya santai dan ‘funky’ dengan pemilihan warna terang sesuai dengan identiti kita sebagai generasi Y. Sama ada stoking berwarna polos atau corak, gayakan dengan stail yang santai. Terdapat beberapa jenis sarung kaki dengan paras berbeza.

    Ada yang tidak kelihatan, ada paras buku lali, ada separas betis dan tak terkecuali seperti legging untuk gadis. Untuk memaksimumkan karakter bersahaja ini, anda hanya perlu mencari keseimbangan tepat. Slip-on, sniker dan but adalah pilihan ideal. Penampilan ini juga boleh dieksperimentasi kepada beberapa kod pakaian termasuk smart kasual dan semi formal.

    KASUT TANPA STOKING

    Ada penampilan yang boleh dikecualikan daripada menonjolkan sarung kaki. Seperti smart kasual, anda akan nampak pelik sekiranya mempamerkan stoking di kaki. Kasut jenis loafer antara paling tidak sesuai memperlihatkan stoking apatah lagi jenis bercorak. Stoking ini dinamakan ‘loafer socks’. Nama timangannya ‘No-Show Sock’ atau ‘Invisible Socks’.

    Seperti namanya, ia sesuai dipakai dengan kasut loafer atau mana-mana kasut kasual untuk tujuan kasual. Stail kasut tanpa stoking begini tidak sesuai apabila dipakai dengan kasut formal atau sepatu kerja namun ia boleh digayakan untuk acara santai dengan sniker atau slip on.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Warna-Warni Di Kaki Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top