Biarpun kerja utamanya sebagai tukang rumah, usahawan tani ini bijak memanfaatkan masa terluang dengan mengusahakan tanaman pisang secara besar-besaran. Yusof Ismail, 60, mengusahakan tanaman berkenaan di Kampung Sungai Rusa, Balik Pulau, Pulau Pinang, sejak pertengahan tahun lalu.
Dia mendapat dorongan keluarga sebagai pembakar semangat untuk mengusahakan tanaman itu, sekali gus mampu merealisasikan impian menzahirkan legasi perniagaan keluarga.
Menurutnya, berbekalkan modal RM8,000, dia mula membersih kawasan tanah dipenuhi belukar yang mengambil masa beberapa minggu sebelum mula menanam 1,000 anak pokok pisang pelbagai jenis termasuk emas, berangan dan rastali pada April tahun lalu.
“Selain mengeluarkan modal sendiri untuk membeli anak pokok pisang, racun dan baja, saya mendapat bantuan khidmat nasihat daripada Pejabat Pertanian daerah Barat Daya. Alhamdulillah, pisang yang dijadualkan mengambil masa selama lapan hingga sembilan bulan ini mengeluarkan hasil dan mula menuainya sejak awal Januari lalu,” katanya.
Dia berkata, harga pisang berangan di pasaran tidak menentu iaitu antara RM3 hingga RM3.50 sekilogram (kg) dan hasil jualan mencecah satu tan mampu menjana pendapatan lebih RM3,000.
Katanya, cabaran besar dihadapinya sejak mengusahakan tanaman pisang itu apabila terpaksa berdepan kes kecurian dipercayai dilakukan penagih dadah yang menceroboh kawasan kebun pisangnya.
“Saya pernah membuat laporan polis berkenaan kes kecurian pisang yang dipercayai dilakukan malam, namun kini kes itu semakin berkurangan berikutan rondaan lebih kerap dilakukan anggota polis. Hasil pisang yang dituai dijual terus ke pasar mengikut kadar harga pasaran, malah ada juga pelanggan datang terus untuk membeli pisang di rumah,” katanya.
Berkat usaha dan kesabaran mengusahakan tanaman pisang dan sayur-sayuran itu, Yusof turut menerima kunjungan Timbalan Menteri Kesihatan merangkap Ahli Parlimen Balik Pulau Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teluk Bahang Datuk Shah Headan Hussain Shah yang turut memberi perangsang kepadanya.
Selain itu, Yusof turut berjaya mengembangkan tanaman pisang dan sayur-sayuran di satu kawasan lain seluas 3.2 hektar yang diusahakan awal 2015. “Saya memperuntukkan kawasan ini dengan tanaman pisang seluas dua hektar, sementara 1.2 hektar lagi untuk tanaman sayur-sayuran yang dibantu tiga pekerja.
“Antara sayur-sayuran diusahakan termasuk bendi, salad, bayam dan kangkung yang dijual terus setiap hari ke pasar dengan kadar harga pasaran. Hasil jualan sayur-sayuran segar dengan mengekalkan kualiti gred ditetapkan berjaya menjana pendapatan tambahan antara RM2,000 hingga RM3,000 sebulan,” katanya.
Dia berkata, perancangan yang dilaksanakannya membabitkan penggunaan seluruh kawasan tanaman pisang dengan tanaman sampingan seperti keladi dan cili serta ternakan ayam. Malah, dia bersyukur kerana cita-cita untuk menjadi usahawan tani kini tercapai. Tenaga dan keringatnya selama ini berbaloi apabila membuahkan hasil.
“Tapi sejak menyertai projek ini, saya dapat membantu meringankan beban suami dengan gaji yang diperoleh,” katanya yang mempunyai tiga anak berusia satu hingga enam tahun. Baharin Asri, 37, berkata selain minat terhadap pertanian, dia menyertai projek berkenaan untuk menjamin masa depan keluarganya.
“Saya dulu seorang pesawah tapi pendapatan mengikut musim dan tidak menentu. Jadi, apabila projek Rimbunan Kaseh ini diperkenalkan, saya tidak melepaskan peluang memohon untuk menyertainya.
“Ini kerana dengan gaji bulanan dan rumah selesa disediakan, saya rasa hidup lebih terjamin berbanding terus menjadi pesawah. Ditambah dengan pendapatan isteri yang bekerja kilang, kehidupan kami kini makin selesa,” katanya.
0 comments:
Post a Comment