My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday 6 March 2017

    Jangan Jaja Cerita Karut Konon MCA Keluar Dari BN


    Barisan Nasional tertubuh hasil daripada kesepakatan 14 parti yang membentuk satu gagasan yang diberi nama Barisan Nasional. Ianya adalah kesinambungan gabungan UMNO, MCA dan MIC semasa di awal kemerdekaan negara yang sebelum ini dikenali sebagai Perikatan.

    Sejak sekian lama, MCA kekal menjadi salah sebuah parti komponen utama Barisan Nasional. Selain Gerakan, MCA adalah salah sebuah parti yang menjunjung tinggi Perlembagaan Persekutuan. Selain itu, peranan yang dimainkan MCA dalam membela nasib kaum Cina yang diwakili mereka turut banyak membantu Barisan Nasional dalam memenangi Pilihan Raya Umum.

    Akan tetapi, telah wujud kini pelbagai propaganda samada menerusi pembangkang mahupun ahli Barisan Nasional sendiri yang mendakwa, MCA wajar disingkirkan dari BN memandangkan banyak perkara telah menimbulkan ketegangan dalaman BN. Ada yang mendakwa, sikap keras hati MCA berhubung isu RUU355 telah banyak mengguris perasaan kaum Melayu dan penganut agama Islam.

    Mengulas akan hal ini, Presiden MCA, Datuk Seri Kiow Tiong Lai berkata,  MCA akan tetap memainkan peranan serta berdiri teguh bersama Barisan Nasional sebagai salah sebuah parti komponen walaupun tidak sependapat dalam isu Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 (RUU 355).

    Beliau menambah, meskipun setiap parti komponen BN berhak menyuarakan pendapat, namun perlu membuat keputusan secara bersama. MCA tidak perlu menghukum diri dan menjadi kambing hitam atas kesilapan pihak lain.

    Ujarnnya, langkah untuk menarik diri daripada BN adalah tidak bermoral, me­nyalahi undang-undang dan meru­pakan strategi yang salah. MCA akan terus memainkan pe­ranan dalam BN. MCA akan tetap mempertahanan hak mereka berdasarkan kepada Perlembagaan Persekutuan dan penstabil dalam membetulkan yang salah serta menjawab kepada hegemoni.

    Dalam pada itu, Datuk Seri Liow Tiong Lai turut mengingatkan masyarakat Cina supaya memberi sokongan padu kepada MCA menjelang pilihan raya umum akan datang. Beliau turut menggalakkan ahli MCA menggunakan teknologi terkini termasuk medium media sosial bagi menarik pengundi baharu.

    Tambahnya, parti sudah mempunyai strategi bagi publisiti dan semua ah­li MCA digesa menggunakan te­lefon mudah alih untuk membantu menarik pengundi.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Jangan Jaja Cerita Karut Konon MCA Keluar Dari BN Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top