My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday, 7 February 2017

    Kesesakan Teruk Di China



    Beribu-ribu pemandu terperangkap dalam kesesakan lalu lintas yang teruk ketika jutaan rakyat China pulang untuk be–kerja selepas bercuti seminggu sempena perayaan Tahun Baru Cina, lapor portal Daily Mail. Rakaman di Lebuh Raya Beijing-Hongkong pada 2 Februari lalu menunjukkan kesesakan trafik berlaku sepanjang 50 kilometer (km) menuju ke pulau itu. 

    Situasi serupa dilaporkan kelmarin di lebuh raya di bandar Nanning apabila orang ramai mula pulang sebelum hari pertama bekerja selepas cuti Tahun Baru Cina. Pertambahan bilangan kenderaan mendadak di lebuh raya sekitar bandar-bandar utama termasuk Nanning dilaporkan sejak Rabu lalu dan menyumbang kepada kesesakan yang amat teruk.

    Peningkatan bilangan kenderaan di jalan dan lebuh raya di seluruh China bermula sejak 1 Februari lalu, demikian menurut akhbar People’s Daily. Perbadanan Kereta Api China dalam laporannya pula menyatakan, dianggarkan hampir 9.7 juta perjalanan berlaku di stesen-stesen kereta apinya pada Rabu lalu, lapor agensi berita Xinhua.

    Pentadbiran Pelancongan Kebangsaan pula menganggarkan pelawat di China melakukan kira-kira 27.4 juta perjalanan pada Rabu lalu. Fenomena perjalanan secara tergesa-gesa itu dikenali sebagai ‘chun yun’ dalam bahasa Mandarin dan disifatkan sebagai proses migrasi terbesar di dunia.

    Ia berlangsung selama 40 hari dan bermula sejak 13 Januari lalu apabila orang ramai mula mengambil peluang pulang kampung halaman masing-masing bagi menyambut Tahun Baru Cina untuk bersama keluarga. People’s Daily melaporkan, dianggarkan sekitar 2.98 bilion perjalanan dibuat sepanjang tempoh perayaan dari 13 Januari hingga 21 Februari ini.

    Tahun Baru Cina disambut pada 28 Januari lalu. Jumlah perjalanan membabitkan jalan raya pula dianggarkan mencecah 2.52 bilion orang.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Kesesakan Teruk Di China Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top