My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 7 February 2017

    Rasuah Kantin Perangkap Guru Besar



    Seorang guru besar dijatuhkan hukuman penjara lapan bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan menerima suapan berjumlah RM4,400 daripada seorang pengusaha kantin bagi mendapatkan surat sokongan untuk melanjutkan kontrak kantin tiga tahun lalu. 

    Hakim Asmadi Hussin memerintahkan tertuduh, M. Subramaniam, 56, menjalani hukuman penjara masing-masing empat bulan bagi setiap pertuduhan selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan. Mahkamah juga menetapkan hukuman berjalan secara berasingan berkuat kuasa semalam.

    Mengikut pertuduhan, Subramaniam yang ketika kejadian berkhidmat di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Rawang didakwa menerima cek bernilai RM1,500 tanpa balasan daripada pe­ngusaha kantin tersebut di kantin sekolah itu antara 11 pagi dan 2 petang pada 30 Januari 2014.

    Dia juga didakwa menerima wang tunai RM2,900 tanpa balasan daripada pengusaha kantin itu di bilik makan guru kantin sekolah itu pada 3.15 petang 8 Oktober 2014.

    Subramaniam, yang kini guru besar sebuah sekolah di Sungai Buloh, didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Ke­seksaan yang memperuntukkan penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Rasuah Kantin Perangkap Guru Besar Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top