Mahkamah Majistret di sini semalam membebaskan pemilik bot katamaran yang karam dan mengakibatkan tiga pelancong warga China maut di Pulau Mengalum di sini selepas lelaki itu membayar wang ikat jamin RM5,000.
Leong Vin Jee yang hadir tanpa ditemani peguam dilihat keluar dari pekarangan mahkamah pada pukul 11.10 pagi menaiki sebuah kenderaan jenis Proton Exora.
Kelmarin, Vin Jee, 44, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan membawa lebihan penumpang dan membahaya nyawa mereka yang dibacakan di hadapan Majistret Jessica Ombou Kakayun di Hospital Queen Elizabeth 1 di sini.
Bagaimanapun, pada hari tersebut Vin Jee terpaksa bermalam di lokap kerana belum menjelaskan wang jaminan. Prosiding tersebut dilakukan di hospital kerana dua saksi utama yang merupakan pelancong China masih menerima rawatan di hospital berkenaan.
Mengikut pertuduhan, Vin Jee dari Taman Kepayan, Tanjung Aru dekat sini didakwa membawa penumpang melebihi muatan sehingga membahayakan nyawa mereka pada pukul 9.15 pagi di Pondok Hentian Rehat di Lorong Mustapha Tuah, Kampung Tanjung Aru di sini pada 28 Januari lalu.
0 comments:
Post a Comment