Kenyataan itu disuarakan oleh Timbalan Pre–siden Persatuan Bola Sepak Me–laka (MUSA), Datuk Mohd. Yusoff Mahadi yang mewakili 14 ahli gabungan Persatuan Bola Sepak Negeri sejurus selesai mengadakan pertemuan tertutup dengan Sultan Ibrahim di Kelab Polo, Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru semalam.

Menurutnya, melalui pertemuan tersebut, baginda mahu melihat sokongan tulen diberikan oleh ahli gabungan FAM yang mahu menyokong anakanda baginda untuk menerajui organisasi berkenaan.
“Tuanku Sultan mahu melihat kesungguhan kami memberi sokongan terhadap anakandanya untuk jawatan tersebut dan selepas melihat perkara ini, baginda bersetuju dan kami menggangap ia juga sebagai tanda persetujuan daripada pihak TMJ.
“Baginda juga menetapkan syarat untuk perkenannya itu yang mana pihak kami tidak boleh meletakkan tempoh, sebaliknya memberikan masa untuk TMJ membina semula organisasi tersebut jika pencalonan tersebut menjadi miliknya,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas pertemuan bersama Sultan Ibrahim di Kelab Polo Istana Pasir Pelangi. Pertemuan selama sejam itu turut dihadiri delegasi daripada 14 ahli gabungan FAM, antaranya Selangor, Kedah, Sabah dan Terengganu.

Kerusi panas Presiden FAM mula diperkatakan sejurus penyandangnya, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menyatakan hasrat mengundurkan diri daripada FAM. Selain TMJ, tiga lagi tokoh turut disenaraikan untuk merebut jawatan presiden FAM yang keenam pada pemilihan Kongres FAM ke-53 pada 25 Mac depan.
Mereka ialah Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, 41; bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa, 61, dan bekas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Aseh Che Mat, 66.
0 comments:
Post a Comment