My Blog List

Translate

  • PANAS

    Sunday 5 February 2017

    Meriam Arsenal Di Pecah Chelsea




    Chelsea terus mengukuhkan cengkaman mereka di persada Liga Perdana England selepas menghampakan Arsenal 3-1 pada aksi yang berlangsung di Stamford Bridge malam tadi. Kemenangan tersebut terus meletakkan skuad The Blues itu berada dalam keadaan selesa mendahului carta liga dengan mengumpul 59 mata selepas mengharungi 24 perlawanan. 

    Setakat ini skuad bimbingan Antonio Conte itu sudah mencatat 19 kemenangan dua kali seri dan tewas sekali. Selepas perlawanan malam tadi, Chelsea meninggalkan pasukan yang menduduki tempat kedua, Tottenham Hotspur dengan kelebihan 12 mata.

    Arsenal pula berada di tangga ketiga dengan mengumpul 47 mata. Andai Chelsea terus konsisten dengan rentak kemenangan, kedudukan mereka sememangnya amat sukar untuk dipintas oleh mana-mana pasukan dan apa yang pasti, kejuaraan liga mungkin sudah berada dalam genggaman mereka. 

    Pada perlawanan malam tadi, Chelsea membuka jaringan seawal minit ke-13 menerusi Marcus Alonso sebelum Eden Hazard menjadikan kedudukan 2-0 pada separuh masa kedua menerusi jaringannya pada minit ke-53.

    Bekas pemain Arsenal, Cesc Fabregas menjadikan kedudukan 3-0 pada minit ke-85 selepas bertindak pantas untuk menyambar bola hasil kesilapan yang dilakukan penjaga gol pasukan lawan, Petr Cech. Walaupun mengharungi perlawanan tersebut dalam keadaan tertekan, Arsenal bagaimanapun berjaya memperoleh gol saguhati pada minit ke-90 menerusi Oliver Giroud.

    Gol tersebut sudah terlambat buat skuad kendalian Arsene Wenger itu untuk bangkit dan kedudukan 3-1 kekal sehingga tamat perlawanan. Pengurus Chelsea, Conte menjelaskan bahawa ia kemenangan yang sangat bermakna buat skuad kendaliannya itu bagi membolehkan mereka terus selesa mendahului carta liga.

    Menurutnya, para pemain telah tampil dengan kelas tersendiri selain bijak menyudahkan peluang yang diperoleh.

    “Arsenal bukan sebuah pasukan mudah untuk dicabar, tetapi para pemain telah menunjukkan disiplin yang tinggi dan ia memudahkan tugas mereka menguasai permainan. Kami belum boleh berasa bangga, sebaliknya terus bekerja keras dalam setiap perlawanan yang bakal diharungi selepas ini,” jelas Conte.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Meriam Arsenal Di Pecah Chelsea Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top