My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday, 1 February 2017

    Minyak Oh Minyak...


    Bermula tengah malam tadi, harga pasaran minyak petrol dan diesel untuk bulan Februari, telah naik sebanyak RM 0.20. Kenaikan ini berpunca daripada kenaikan harga pasaran minyak dunia untuk sepanjang bulan Januari yang lalu. Untuk rujukan, kerajaan hari ini mengguna pakai sistem apungan harga minyak sesuai dengan kadar purata harga pasaran minyak dunia pada bulan sebelumnya.

    Apabila membicarakan tentang kenaikan harga minyak ini, rata-rata netizen di media-media sosial sejak semalam di lihat begitu "meroyan" sehingga ada diantaranya menyifatkan kerajaan tidak berhati perut dan kejam. Bagi mereka, apa yang dilakukan kerajaan ini tidak sepadan dengan kos kenaikan harga barang yang kini dilihat cukup menekan rakyat.

    Jika dilihat secara rambang, kenyataan mereka memang ada asasnya. Tidak dapat disangkal lagi, harga barang kini memang agak tinggi. Namun, mereka harus ingat, kenaikan harga barangan ini adalah diluar kawalan kerajaan. Mereka harus faham, kerajaan tidak pernah mengeluarkan apa jua jenis barang keperluan harian untuk rakyat Malaysia.

    Apa yang mampu dilakukan kerajaan hari ini adalah menguatkuasakan kawalan harga dan pemantauan berterusan keatas pembekal, pemborong dan peniaga yang ada diantaranya cukup gemar mengambil keuntungan yang lebih. Bayangkan, dengan kira-kira 2,000 orang penguatkuasa, adakah mampu KPDNKK mengawal semua peniaga yang ada di Malaysia hari ini?

    Sebelum kerajaan menguatkuasakan sistem apungan harga minyak ini, kerajaan memberikan subsidi yang cukup besar keatas bahan api ini. Namun, setelah diasak pembangkang yang mendakwa pemberian subsidi ini telah menyebabkan harga sebenar minyak tidak telus dan ada kemungkinan diselewengkan, maka kerajaan akur kepada desakan pembangkang lebih-lebih lagi Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli.

    Namun, setelah dikuatkuasakan, beliau juga yang tampil menjadi hero untuk menuntut subsidi ini dikembalikan. Kononnya, sistem apungan ini tidak sesuai dilakukan di Malaysia berikutan harga minyak dunia kini tidak stabil. Adakah Rafizi fikir, kerajaan boleh sewenang-wenangnya menukar sistem yang telah diguna pakai hanya kerana mahu mengikut kehendaknya semata-mata?

    Agak melucukan apabila melihat rungutan yang kuat kedengaran dalam tempoh 24 jam ini langsung senyap apabila harga minyak turun. Langsung tiada ucapan penghargaan ataupun bersyukur apabila harga minyak mengalami penurunan. Lebih hebat lagi, apabila harga minyak naik, para pembekal, pemborong dan peniaga menaikkan harga barangan mereka namun enggan menurunkan harga apabila harga minyak mengalami penurunan.

    Oleh yang demikian, amat mudah untuk disimpulkan bahawa selain daripada harga barangan, harga minyak juga merupakan antara perkara yang cukup sensitif buat rakyat Malaysia. Hingarnya mereka ini seolah-olah harga minyak di Malaysia ini adalah yang tertinggi di dunia sedangkan hakikat sebenarnya, Norway adalah negara yang mengenakan caj minyak paling mahal di dunia.


    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Minyak Oh Minyak... Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top