My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 1 February 2017

    Siasat Si Pengkhianat

     Anggota bomba sedang berusaha memadam kebakaran pondok kupon berkenaan.

    Polis sedang menjejaki dalang di sebalik kejadian 19 pondok pembayaran kupon parkir di sekitar bandar raya ini yang dirosakkan dengan dua daripadanya terbakar sepenuhnya dipercayai angkara perbuatan khianat. 

    Ketua Polis Daerah ACP Abang Ahmad Abang Julai berkata, laporan berhubung kejadian telah diterima daripada pihak syarikat dan dipercayai kegiatan tersebut dilakukan sejak Isnin lepas sekitar lewat malam hingga awal pagi. Menurutnya, kesemua pondok kupon tersebut dipercayai dirosak dengan menggunakan mercun sehingga mengakibatkan kebakaran.

    “Siasatan awal mendapati 17 pondok pecah cermin dan dua pondok iaitu di bangunan Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) dan Simpang Tiga terbakar, namun pihak syarikat tidak mengetahui punca kejadian serta tidak mengesyaki sesiapa.

    “Kesemua pondok dirosakkan dengan cara dilemparkan mercun dan letupan menyebabkan cermin pecah serta difahamkan pondok-pondok tersebut tiada pemantauan pada waktu malam,” ujarnya.

    Beliau berkata demikian dalam satu kenyataannya di sini semalam yang turut memberitahu siasatan dibuat di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dengan api atau bahan letupan.

    Insiden disedari berlaku sejak Isnin lepas, iaitu melibatkan lapan pondok di Stutong, Jalan Ban Hock, Lorong Abdul Rahim, Padungan, King Centre, Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) dan MBKS yang terbakar.

    Menurut sumber, 12 lagi pondok yang dirosakkan pada hari berikutnya ialah di RH Plaza, Taman Hui Sing, Twin Tower, berhampiran Astro, Jalan Padungan, Jalan Abdul Rahim, Jalan Chan Bee Kiew, Yoshi Square, Jalan Rubber, Kaunter DBKU, Green Road dan Simpang Tiga yang terbakar.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Siasat Si Pengkhianat Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top