My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday, 1 February 2017

    Solat Hajat Di Laut


    Keadaan ombak yang agak bergelora selain kawasan yang luas menyukarkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa bot karam menggunakan Bot Penyelamat 10 milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), di perairan ini, di sini, semalam. 

    Bot penyelamat APMM dengan anggota seramai enam orang iaitu Leftenan Muda Maritim Mohd Shukri Ishak, Bintara Kanan (M) Suffyan Md Razi, Bintara Muda (M) Sarbini Karim, Laskar Kelas 1 (M) Mohd Saful MD Sahot, Laskar Kelas 1 (M) Zulhimi Salim dan Laskar 1 (M), Mohd Azlan Mohd Zali.

    Operasi SAR turut membawa beberapa wakil media termasuk media antarabangsa melalui beberapa pulau antaranya Pulau Sapi, Pulau Sapi, Memutik, Gaya, dan sekitar kawasan Pulau Mengalum.

    Operasi selama empat jam menggunakan Bot Penyelamat 10 APMM itu merangkumi kawasan seluas kira-kira 200 batu nautika persegi di sekitar perairan Pulau Mengalum, di sini, iaitu lokasi bot katamaran membawa 31 orang dilaporkan karam pada Sabtu lalu.

    Selain keadaan ombak yang semakin bergelora apabila memasuki laut terbuka, cuaca tidak menentu dengan awan mendung sebelum hujan renyai-renyai turut menyukarkan operasi. Keadaan itu dirasai sendiri penulis bersama jurugambar Mohd Adam Arinin ketika menyertai operasi SAR APMM di sekitar kawasan pencarian sektor B dan D yang jaraknya 20 batu nautika dari Jeti Jesselton Point. 

    Penulis yang mengikuti operasi turut merasai pengalaman SAR iaitu ketika keadaan ombak agak bergelora, seorang daripada anggota APMM menunaikan solat hajat di atas bot Penyelamat 10. Ketika dalam perjalanan pulang, sekitar perairan Pulau Mengalum, anggota Bot Penyelamat 10 terserempak dengan beberapa bot dipercayai membawa pelancong.

    Ketika diarah untuk berhenti bagi tujuan pemeriksaan, mereka disyaki memecut sehingga menyukarkan bot APMM mengejarnya walaupun bunyi hon amaran beberapa kali. Kira-kira jam 3 petang, bot penyelamat menghampiri Pulau Mengalum terpaksa berpatah balik kerana keadaan cuaca yang mendung dan hujan renyai-renyai.

    Ketika itu, keadaan ombak bergelora dan mencabar bagi penulis sehingga menyebabkan pening dan muntah beberapa kali. Kelihatan juga, wartawan dari China turut pening dan terpaksa tidur di dalam kabin bot. Dalam pada itu, Mohd Shukri berkata, keadaan laut ketika operasi hari keempat, semalam agak baik berbanding operasi pada hari pertama dan kedua pada Sabtu dan Ahad lalu.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Solat Hajat Di Laut Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top