My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 1 February 2017

    Tiga Lelaki Terlibat Militan Ditahan



    Polis Bahagian Counter Ter­rorism, Cawangan Khas Bukit Aman menahan tiga individu termasuk seorang lelaki warga Indonesia yang dipercayai terlibat dalam kumpulan pengganas Daesh. Kesemua suspek itu ditahan dalam satu operasi khas di ibu negara dan Pahang bermula 27 Januari hingga Ahad lalu. 

    Dalam serbuan itu, polis turut merampas dua senjata api termasuk satu senapang angin. Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, seorang penganggur yang membuat ugutan untuk me­lancarkan serangan bom ke atas Jabatan Mufti Ne­geri Sembilan berikutan mendakwa jabatan tersebut tidak mengikut sya­riat Islam antara ditahan.

    “Lelaki berusia 38 tahun itu ditahan Ahad lalu di Kuala Lumpur dan ketika tangkapan dibuat suspek mengaku menyokong kumpulan militan Daesh.

    “Dua hari sebelum suspek ditahan, dia (suspek) membuat ugutan bunuh dan mengugut akan me­lancarkan serangan bom di ibu negara menerusi akaun Facebook milik­nya,” kata­nya dalam satu kenyataan akhbar di sini semalam.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Tiga Lelaki Terlibat Militan Ditahan Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top