My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 1 February 2017

    Legasi Adenan Bakal Diteruskan Oleh Isterinya Sendiri



    Teka teki siapakah calon Barisan Nasional untuk Pilihan Raya Kecil N03 Tanjung Datu, akhirnya terjawab. Bertempat di Ibu Pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di Kuching petang tadi, Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Abang Haji Openg mengumumkan, Puan Sri Hajjah Jamilah Anu di umumkan sebagai calon BN di kerusi DUN berkenaan.

    Pengumuman ini sememangnya telah dijangka berikutan kecenderungan kerajaan negeri untuk meletakkan calon yang berpengalaman serta mahir tentang hal ehwal penduduk di kerusi DUN berkenaan. Lebih menarik lagi, ianya menandakan pertambahan satu lagi kerusi DUN untuk kaum wanita di Sarawak.

    Siapakan Puan Sri Jamilah Anu ini? Beliau adalah kawan, teman, sahabat dan isteri kepada bekas Ketua Menteri Sarawak, Allahyarham Datuk Patinggi Tan Sri Haji Adenan Satem. Dilahirkan pada 14 Ogos 1955, beliau adalah individu yang cukup memahami sosio ekonomi dan kemahuan penduduk setempat memandangkan beliau kerap berada disisi Allahyarham.

    Beumur 62 tahun, beliau yang berasal dari Bau, tidak jauh dari Tanjung Datu ini mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah St. Stephen, Bau sebelum melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Kerajaan Bau. Beliau juga mempunyai kelulusan Diploma Sains Kesetiausahaan di Universiti Teknologi Mara cawangan Sabah.

    Dari segi kerjaya, beliau merupakan Pengarah Yayasan Jaznan serta aktif dalam aktiviti kemasyarakatan. Beliau adalah Penaung Persatuan Puteri Islam Malaysia (PPIM) Penaung Persatuan Kanak-Kanak Terencat Akal (Perkata) Penaung Persatuan Pengasuh dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sarawak Pengerusi Badan Amal Kebajikan Tenaga Isteri Isteri Sarawak (SABATI).

    Sepanjang mendirikan mahligai rumahtangga dengan Allahyarham Datuk Patinggi Tan Sri Haji Adenan Satem, beliau telah dikurniakan dua orang anak lelaki, Aziz Adenan dan Azizul Annuar Adenan. Sikap beliau yang mudah mesra dengan rakyat menjadikan beliau dan Allahyarham suaminya sebagai individu yang cukup disayangi oleh rakyat negeri Sarawak.

    Melihat kepada latar belakang Puan Sri Jamilah ini, PBB dan Barisan Nasional negeri Sarawak telah meletakkan calon yang cukup rapat dengan Allahyarham dalam meneruskan legasi petadbiran N03 ini pada tangan yang betul.

    Disamping itu juga, tindakan Barisan Nasional negeri ini juga bukanlah pertama kali berlaku di dalam Barisan Nasional. Sebelum ini, semasa Pilihan Raya Kecil P093 Parlimen Kuala Kangsar, Barisan Nasional telah meletakkan Datin Mastura Yazid sebagai calon bagi menggantikan Allahyarham suaminya, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar.

    Walau apapun, sekalung ucapan tahniah diucapkan kepada Puan Sri Jamilah ANu atas kepercayaan yang diberikan oleh Barisan Nasional negeri. Kini, hanya tinggal pihak pembangkang sahaja yang masih belum mengumumkan nama calon mereka.


    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Legasi Adenan Bakal Diteruskan Oleh Isterinya Sendiri Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top