My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday, 7 February 2017

    MOPS Tentukan Harga Petrol


    Penentuan harga minyak sama ada naik atau turun atau berapa sen harganya akan naik dan turun adalah berdasarkan kepada beberapa faktor yang menjadi pemangkin utama. 

    Antara faktor yang mempengaruhi penentuan harga minyak ialah melalui Mekanisme Penetapan Harga Minyak (APM), kadar pertukaran mata wang ringgit kepada dolar Amerika Syarikat (AS) serta kesan pembatalan subsidi petrol dan diesel oleh kerajaan.

    APM berperanan sebagai mekanisme yang menstabilkan harga petrol dan diesel di dalam negara sehingga ke tahap tertentu.

    Jadi, harga runcit hanya perlu ditukar sekiranya berlaku perbezaan harga semasa. APM mengambil kira Kos Produk, Alpha, Kos Pengendalian, Margin Minyak dan Margin Pengedar (APM = Kos Produk + Alpha + Kos pengendalian + Margin Minyak Syarikat + Margin Pengedar).

    Kos produk dikira adalah berdasarkan kepada MOPS (Mean of Platts Singapore) untuk petrol RON97, RON95 dan diesel. Kos produk adalah dalam dolar AS setong serta terikat kepada pergerakan harga minyak mentah yang kemudian ditukarkan kepada nilai ringgit untuk satu liter. 

    Oleh itu, kenaikan atau penurunan mata wang ringgit terhadap dolar AS mempunyai pengaruh besar dalam penentuan harga petrol dan diesel di mana kos akan menjadi lebih tinggi sekiranya kadar ringgit terhadap dolar AS semakin lemah.

    Pengguna petrol dan diesel juga perlu menanggung dan membayar dengan mahal sekiranya kos produk turut meningkat manakala Alpha yang terdapat dalam formula pula adalah perbezaan harga antara MOPS dan harga pembelian sebenar oleh syarikat minyak.

    Bagi kos pengendalian pula, ia termasuk bagi kos pengangkutan serta pemasaran dan dalam situasi ini, margin syarikat minyak dan margin pengedar stesen minyak adalah keuntungan yang syarikat perlu peroleh. Banyak negara di rantau ASEAN dan Australia turut menggunakan indeks berdasarkan MOPS dalam menentukan harga petrol dan diesel.

    Indeks MOPS mengambil kira segala kos termasuk produk yang sudah diproses atau ditapis dan ia adalah indeks yang dinilai berdasarkan purata transaksi harian perdagangan antara pembeli dan penjual produk petroleum.

    Pembeli produk petroleum akan merujuk kepada indeks MOPS sebagai harga penunjuk kerana ia lebih baik daripada harga dunia berbanding minyak mentah dan kebiasaannya mempunyai premium ke atas harga minyak. Jadi, kerajaan Malaysia menggunakan indeks MOPS untuk penentuan harga petrol dan diesel.

    Bagaimanapun, indeks MOPS hanya dapat diakses oleh mereka yang melanggan perkhidmatan data Platts. Sekiranya harga petrol naik, kemungkinan besar ramai akan menggunakan pengangkutan awam seperti transit aliran ringan (LRT) dan transit aliran massa (MRT) untuk pergi bekerja atau pengangkutan harian bagi mengurangkan kos perbelanjaan petrol dan diesel.

    Peningkatan atau penurunan harga petrol dan diesel mempengaruhi industri automotif dan pengangkutan. Ramai pengguna awam dan syarikat pengangkutan darat seperti teksi dan bas akan memilih untuk bertukar kepada kenderaan hibrid sebagai pengangkutan harian mereka bagi mengurangkan kos perbelanjaan.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: MOPS Tentukan Harga Petrol Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top