My Blog List

Translate

  • PANAS

    Sunday 5 February 2017

    #PRKTjgDatu : Bagaimana Dayak Mahu Bersatu Kalau Sama Sendiri Terus Bergaduh?



    Jika kita menyentuh tentang isu perpaduan, tidak dapat di nafikan, semua kaum mahupun etnik cukup menitik beratkan akan hal ini. Baik kaum Melayu, Cina, India mahupun Dayak, perpaduan antara teras utama kepada keharmonian bermasyarakat demi memastikan kelangsungan survivor sesuatu kaum.

    Pada satu kesempatan hari ini, penulis telah bertemu dengan seorang Ketua Rumah Panjang di DUN Tanjung Datu petang tadi. Kunjungan buat julung-julung kali ini disambut mesra oleh Tuai Rumah yang menyifatkan, peluang untuknya meluahkan perasaan yang selama ini terpendam sejak sekian lama.

    Agak malang, beliau enggan gambar dan namanya disiarkan, tetapi apa yang diluahkannya cukup menyentuh perasaan. Beliau secara terbuka bertanya kepada penulis samada penulis mahu melihat negara ini aman ataupun berada dalam keadaan kacau bilau. Apabila penulis memberitahu mahukan keamanan, beliau terdiam sejenak sebelum memberitahu, kita semakin kehilangan perpaduan.

    Beliau menjelaskan, perpaduan yang dimaksudkan adalah kesepakatan semua kaum dan etnik dalam kuasa. Beliau memberi contoh, bagaimana dua orang kaum Dayak, seorang dari etnik Bidayuh Padawan dan seorang etnik Iban Serian bertanding dalam Pilihan Raya Kecil N03 Tanjung Datu kali ini.

    Kedua-dua ecalon ini mewakili antara etnik terbesar di Sarawak namun mereka dipisahkan dengan idealogi politik masing-masing walaupun secara dasarnya mereka memperjuangkan isu yang sama iaitu tuntutan tanah adat (NCR). Namun begitu, perseteruan politik yang wujud antara mereka telah menyaksikan ada dikalangan anak Dayak terpengaruh dengan idealogi perpecahan ini.

    Beliau jelas sedih dengan sikap segelintir anak muda Dayak yang semakin menjauhi erti sebenar perpaduan. Ini ditambah lagi apabila ada anak muda Dayak berhijrah ke bandar-bandar besar di mana mereka telah dipengaruhi dengan elemen kebencian hanya disebabkan berlainan idealogi politik.

    Malah, kini sudah ada anak muda Dayak yang mula mempersoalkan, kenapa kaum lain yang menjadi Ketua Menteri Sarawak sedangkan Sarawak secara majoritinya dikuasai oleh kaum Dayak. Bagi beliau, perlantikan kaum lain untuk menjadi Ketua Menteri adalah untuk berlaku adil buat semua pihak.

    Beliau sedar, andai eetnik Bidayuh atau Iban di lantik sebagai Ketua Menteri, pasti akan berlaku ketegangan antara etnik kerana masing-masing mendakwa merekalah yang paling layak untuk menjadi Ketua Menteri. Justeru, bagi beliau, siapa sahaja yang dilantik sebagai Ketua Menteri, beliau menerimanya namun, Ketua Menteri berkenaan tidak melupakan suara anak Dayak di Sarawak.

    Sehingga kini, beliau bersyukur kerana Ketua Menteri yang mentadbir negeri ini tidak pernah melupakan suara anak Dayak. Pelbagai peruntukan disalurkan kepada mereka terutamanya melibatkan keperluan asas seperti elektrik, jaringan jalan raya mahupun bekalan air bersih. Malah, imej Rumah Panjang juga telah dipermodenkan kerajaan negeri menerusi pembinaan semula Rumah-Rumah Panjang di seluruh Sarawak.

    Di akhir perbualan, beliau memberitahu penulis untuk menyeru kepada seluruh anak Dayak di Sarawak, kembalilah bersatu padu seperti dahulu. Ramai musuh yang mahu melihat anak Dayak berpecah belah hanya disebabkan fahaman politik sedangkan nasab keturunan mereka adalah sama.

    Katanya, perpecahan hanya membawa kerugian buat kaum Dayak tanpa mengira kaum Iban, Bidayuh mahupun etnik-etnik lain di negeri ini. Sambil tersenyum beliau menambah, secara perlahan-lahan anak-anak Dayak kini terpengaruh dengan idealogi politik di Semenanjung yang menyaksikan kaum Melayu di sana berpecah belah.

    Mereka mendakwa tidak mahu menjadi seperti apa yang berlaku di Semenanjung, tetapi dari apa yang beliau lihat, usahkan adat, perpaduan sendiripun semakin terhakis dari jiwa anak-anak Dayak samada yang ada di Sarawak mahupun di luar Sarawak.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: #PRKTjgDatu : Bagaimana Dayak Mahu Bersatu Kalau Sama Sendiri Terus Bergaduh? Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top