My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday, 12 July 2016

    Tiada Kompromi Terhadap Pengusaha Bas Ekspres



    Kemalangan yang membabitkan sebuah bas ekspres yang merempuh 10 buah kereta di laluan menurun di Terowong Menora baru-baru ini, sekali lagi telah menimbulkan tanda tanya berhubung keselamatan penumpang yang menggunakan perkhidmatan bas ekspress pada setiap kali musim perayaan di negara ini.

    Walaupun kejadian berkenaan tidak melibatkan kehilangan nyawa, namun, jika diperhatikan kepada rakaman cctv pada hari kejadian, sememangnya ia cukup mengerikan kepada semua mangsa dan lebih-lebih lagi kepada seluruh rakyat Malaysia.

    Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat Malaysia (SPAD) semalam, SPAD tidak akan bertolak ansur dan akan mengambil tindakan tegas terhadap pengendali bas ekspres berkenaan.

    Menurut kenyataan itu lagi, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS) telah memulakan siasatan terhadap kemalangan berkenaan dan SPAD sedang memberi kerjasama yang diperlukan. Tegas SPAD lagi, siasatan akan merangkumi semua aspek keselamatan termasuk kejuruteraan jalan raya, pengurusan keselamatan dan pengurusan kenderaan dan pemandu.

    Seperti yang ditegaskan oleh Ketua Pengarah Eksekutif SPAD, Mohd Azharuddin Mat Sah, keselamatan pengguna adalah keutamaan bagi pihak SPAD dan pihaknya akan mengambil tindakan yang tegas terhadap pengusaha-pengusaha bas yang melanggar syarat-syarat keselamatan.

    Tegas beliau lagi, tindakan ini termasuklah menggantung lesen operasi pengusaha bas berkenaan. Malah, pembatalan lesen pengendali bas-bas ekspres juga akan diambil sekiranya pengusaha-pengusaha bas-bas ekspres ini melanggar syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak SPAD.  
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Tiada Kompromi Terhadap Pengusaha Bas Ekspres Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top