Siapa yang dapat melupakan buku yang bertajuk The Malay Dilemma hasil daripada penulisan kritis daripada Tun Dr Mahathir satu ketika dahulu? Buku berkenaan telahpun diharamkan penerbitannya oleh kerajaan dibawa Tunku Abdul Rahman kerana ianya disifatkan sebagai berbaur perkauman dan boleh dikategorikan sebagai menghasut.
Setelah sekian lama buku berkenaan cuba dighaibkan, hari ini, jika dinilai semula tentang apa yang diluahkan didalam buku berkenaan, ianya tidak lebih daripada sekadar untuk meraih simpati rakyat. Tambahan pula, tindak tanduk beliau sendiri hari ini jelas terpesong daripada apa yang beliau perjuangkan sejak sekian lama.
Berikut merupakan antara beberapa fakta menarik tentang bagaimana Tun M hanya bersandiwara semasa menghasilkan buku berkenaan.
■ Tun Dr Mahathir menulis buku The Malay Dilemma sebagai tindak balasnya kepada tragedi 13 Mei 1969 dimana beliau telah tewas pada pilihanraya umum 1969 (beliau tewas disebabkan kaum Cina memilih PAS).
Buku itu telah disenaraikan sebagai menghasut dan terlalu berbaur perkauman. Kerajaan Pusat pada ketika itu tiada pilihan selain mengharamkan buku tersebut dan Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman mahukan Dr Mahathir ditangkap namun telah dinasihatkan oleh ramai pihak agar tidak berbuat demikian.
■ Pada ketika itu, Ahli Parlimen Rawang, Tunku Abdullah Tuanku Abdul Rahman, anak kepada Yang Di Pertuan Agong yang pertama, telah membantu menyembunyikan Tun M bagi mengelakkannya dipenjarakan.
■ Bertitik tolak dari sini, adalah sesuatu yang amat sukar difahami kenapa selepas itu beliau bertindak sebagai anti-kerabat DiRaja walhal dengan bantuan kerabatlah yang menyelamatkannya. Mungkin kerana kebenciannya terhadap kerabat DiRaja menyebabkan beliau membenci Tunku Abdul Rahman, Tengku Razaleigh Hamzah dan Majlis Raja-Raja.
■ Buku The Malay Dilemma tulisan beliau sarat dengan kemarahan dan racun. Kaum Cina sangat bimbang apabila beliau mengambil alih kerajaan pada 1981 sebagai Perdana Menteri dan mereka sudah bersedia apa yang bakal terhidang, kemungkinan besar pembersihan etnik kaum Cina dan pengusiran warga Cina keluar dari Malaysia.
■ Tetapi sebaliknya telah berlaku. Mereka terkejut apabila mendapati beliau rupanya sahabat paling baik kaum Cina atau setidak-tidaknya bersahabat dengan kapitalis dan jutawan berbangsa Cina. Tun M memilih jutawan Cina dan menjadikan mereka jutawan bilion.
Malah, pernah dikhabarkan bahawa beliau turut memberikan RM 3 bilion kepada kaum Cina pada pertengahan 1980-an ketika krisis ekonomi melanda Malaysia. Apabila kaum Melayu mengetahui dan mula membantah, beliau memberikan RM500 juta untuk menutup mulut mereka.
■ Persoalannya, adakah pada ketika itu Tun Dr Mahathir benar-benar serius mengenai sentimen perkauman dan The Malay Dilemma atau hanya bermain wayang?
Adakah beliau berubah apabila menjadi Perdana Menteri, sama seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim berubah apabila beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri atau hanya berlakon serta hanya menggunakan patriotisme keMelayuan sebagai landasan politik bagi melangkah lebih jauh (sama seperti Anwar lakukan dengan menggunakan platform Islamiknya)?
■ Tun Dr Mahathir perlu mengimbau kembali The Malay Dilemma yang ditulis 45 tahun lalu dan menulis yang baru dengan pindaan. Jika tidak, beliau telah menipu dan buku yang ditulisnya adalah jelas satu pembohongan!
■ Jika Tun M benar-benar menterjemahkan dakwaannya di dalam buku The Malay Dilemma yang ditulisnya pada 45 tahun yang lalu, kita tidak akan nampak beliau bekerjasama atau bersuhabat dengan jutawan Cina bagi menjarah kekayaan negara secara total.
■ Rakyat Malaysia terutama bangsa Melayu telah dipermainkan. Kaum Cina menghentam Artikel 153 dan Dasar Ekonomi Baru (DEB) walhal pada masa yang sama, jutawan berbangsa Cina yang berubah menjadi jutawan bilion disebalik tirai DEB.
■ Satu contoh yang paling jelas adalah perjanjian ERL. Berdasarkan kepada renewal kontrak perjanjian terkini, kadar dipersetujui dan pembayaran daripada Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB), Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) membuat unjuran perolehan lebih RM1 bilion setiap tahun bermula tahun 2017 dan RM2.5 bilion setiap tahun bermula pada tahun 2027.
■ Angka ini sangat besar jika mengambil kira kos pembinaan yang melambung kepada RM2.4 bilion dan YTL sudahpun memperolehi keuntungan besar daripada permulaan perolehan kontrak pembinaan dari Tun Mahathir.
■ Berdasarkan surat daripada Kementerian Kewangan kepada MAHB bertarikh 21 Ogos 1997 (Rujukan UPE(S)65/3/5), ia merujuk kepada satu memorandum daripada Tun Dr Mahathir yang mengarahkan MAHB untuk membayar Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) sebahagian daripada cukai lapangan terbang yang dikenakan terhadap penumpang domestik dan antarabangsa di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan ia turut meliputi KLIA2.
Hakikatnya mengapa ERL sahaja? Adakah ERL satu satunya penyebab KLIA terus dikunjungi. Mengapa bukan pemandu pemandu teksi yang dilihat memberi sumbangan lebih besar menghantar penumpang ke KLIA turut mendapat sebahagian cukai lapangan terbang? Sekali lagi wang negara dirompak tanpa sebab oleh YTL syarikat induk bagi ERL.
■ Pembayaran MAHB kepada ERL ini bermula pada hari pertama operasi sehinggalah ke penghujung tempoh konsesi 30 tahun. Pembayaran ini akan meningkat 10% setiap tahun sehingga konsesi tamat. Ini bermakna, KLIA dan KLIA2 bakal menaikkan kadar cukai lapangan terbang bagi menampung pembayaran yang terus meningkat kepada ERL.
■ Melalui perjanjian konsesi ini, tambang ERL (diasingkan daripada cukai lapangan terbang) boleh meningkat kepada RM97 menjelang tahun 2019, kemudian kepada RM126 menjelang 2024 (berbanding RM35 ketika ini dan RM55 pada tahun 2017).
■ Jika kenaikan ini tidak dibenarkan, kerajaan yang ada pada hari ini, terpaksa membayar berbilion Ringgit sebagai pampasan kepada ERL.
■ Selain itu (melalui perjanjian yang sama), terdapat klausa membenarkan YTL untuk melanjutkan konsesi kepada 30 tahun lagi. Ini bermakna YTL akan tetap ‘mencetak wang’ biarpun bos YTL sudah mati atau mereput dalam kubur mereka.
Nyata sekali, apa yang ditulis Tun M pada buku The Malay Dilemma hanyalah sampah yang memainkan sentimen keMelayuan. Selama 22 tahun beliau berkuasa, beliau hanya menggunakan buku ini untuk terus mendapat sokongan daripada kaum Melayu dimana hasil ekonomi ditawan sepenuhnya oleh kaum Cina.
Semua yang telah beliau lakukan ini, semuanya kini sedang ditujukan kepada Datuk Seri Mohd Najib, dimana seperti sedia maklum, apa yang cuba dilakukan oleh Datuk Seri Mohd Najib adalah melestarikan rakyat dengan berkongsi hasil yang dinikmati oleh negara secara sama rata.Tiada lagi kroni-kroni rapat dan para pelobi projek kerajaan.
Inilah yang telah membangkitkan kemarahan pemain ekonomi utama dibawah Tun M sehingga bertindak berani menaja semua gerakan yang dilakukan untuk menjatuhkan kedudukan Datuk Seri Mohd Najib. Buku The Malay Dilemma sebenanya hanyalah satu retorik untuk memastikan beliau kekal berkuasa selamanya.
0 comments:
Post a Comment