My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday, 10 May 2016

    Kapal Tanpa Muatan Dan Manusia Mendarat



    Kehadiran sebuah kapal tangki minyak tanpa manusia yang mendarat di sebuah pantai di sini mencetuskan misteri kepada pihak berkuasa. Pihak berkuasa kini sedang menyiasat kapal bernama Tamaya 1 yang didaftarkan di Panama itu termasuk bagaimana ia boleh belayar dan berlabuh tanpa seorang pun anak kapal. 

    Kapal berkenaan dikatakan hilang sejak tiga minggu lalu ketika dalam perjalanan ke pelabuhan Senegal, Dakar dan kali terakhir dilihat pada 21 April lalu.

    “Kami berasa pemilik kapal itu telah muflis menyebabkan pihak syarikat tidak mempunyai wang untuk membayar gaji pekerja dan kesemua mereka meninggalkannya di tepi laut,” kata pihak berkuasa pelabuhan di Monrovia, Liberia.

    Pihak berkuasa turut tidak menolak kemungkinan kapal berkenaan telah dirompak oleh lanun. Bagaimanapun siasatan mendapati, kapal itu telah menjadi mangsa vandalisme selain beberapa barangan berharga telah hilang berkemungkinan disebabkan pihak polis terlalu lambat bertindak selepas menerima laporan daripada penduduk.


    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Kapal Tanpa Muatan Dan Manusia Mendarat Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top