BAHANG final Superbest Power Piala FA yang bakal menemukan Johor Darul Takzim (Johor DT) dan PKNS FC di Stadium Shah Alam, Sabtu ini kian terasa. Para peminat setia skuad Harimau Selatan sanggup bermalam di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin malam kelmarin semata-mata mahu mendapatkan tiket biarpun kaunter hanya dibuka pada pukul 9 pagi semalam.
Seorang peminat Nazariah Mohamad, 43, berkata, dia datang kira-kira pukul 2 petang kelmarin bagi mengambil tempat untuk beratur membeli tiket sebelum pulang semula ke rumah menyediakan kelengkapan untuk bermalam di stadium.
Sebanyak 50,000 tiket diperuntukkan untuk skuad Harimau Selatan dengan 20,000 tiket dijual di stadium, manakala baki 30,000 tiket lagi diagihkan ke daerah-daerah dan kelab-kelab penyokong Johor DT.
0 comments:
Post a Comment