Mayat terakhir juruterbang helikopter jenis Eurocopter AS350 yang terhempas di Batang Lupar, Sebuyau Khamis lalu akhirnya ditemui pasukan mencari dan menyelamat (SAR) semalam. Mayat milik juruterbang warga Filipina, Kapten Rudolf Rex Ragas ditemui dalam keadaan terapung kira-kira 5.5 kilometer (km) dari Jeti Feri Triso, Sebuyau pukul 10.15 pagi.
Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Seri Muhammad Sabtu Osman berkata, penemuan terbaharu itu menjadikan kesemua enam mangsa nahas berkenaan sudah ditemui.

Menurut beliau, selain mayat, turut ditemui dalam operasi semalam ialah serpihan helikopter iaitu silinder udara mampat. “Silinder udara itu dijumpai berhampiran mayat terakhir yang ditemui iaitu kira-kira satu jam selepas itu,” kata beliau.
Pada masa sama, Muhammad Sabtu memberitahu, usaha mengesan bangkai utama pesawat masih diteruskan. “Operasi SAR tidak akan dihentikan kerana badan pesawat dan kotak hitam untuk mengetahui punca nahas belum ditemui,” ujarnya.
0 comments:
Post a Comment