My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday, 10 May 2016

    Kerajaan Komited Untuk Teroka Pasaran


    Kerajaan komited untuk terus mengalakkan penggunaan platform e-dagang dalam kalangan syarikat Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) bertujuan meningkatkan keupayaan perniagaan mereka dan mampu menembusi pasaran baru di luar negara. 

    Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, e-dagang adalah platform alternatif baru yang dijangka mampu meningkatkan sumbangan PKS terhadap sektor eksport negara pada masa depan.

    “Kita melihat e-dagang menawarkan potensi tinggi kepada perdagangan negara dan ia membawa kepada penubuhan Majlis e-Dagang dua bulan lalu bagi tujuan mempromosikan platform ini kepada PKS di negara ini,” katanya selepas menghadiri siri bengkel Google Malaysia ‘Go Digital’ di sini, semalam.

    Pada masa ini sumbangan sektor PKS dalam eksport negara sebanyak 17 peratus dan negara berhasrat meningkatkan sumbangan PKS kepada 20 peratus menjelang 2020. Beliau berkata, kebanyakan eksport kini lebih dikuasai syarikat besar serta multinasional dengan sektor pembuatan dan makanan serta minuman menjadi antara salah satu sektor penyumbang terbesar dalam aktiviti eksport negara.

    “Oleh itu, saya berharap usahawan PKS mengambil peluang ini dengan memanfaatkan platform e-dagang untuk meningkatkan daya saing mereka dan memperkasakan lagi aktiviti eksport masing-masing pada masa depan,” katanya.

    Dalam perkembangan sama, Ketua Pemasaran Google Malaysia, Jon Day berkata, hanya kurang 20 peratus dalam kalangan usahawan PKS tempatan menggunakan platform digital bertujuan meningkatkan perniagaan mereka.

    “Kebanyakan PKS di sini tidak mementingkan kehadiran atas talian dan kebolehan penemuan atas talian. Ini menyebabkan kehadiran mereka tidak diketahui populasi di Malaysia dan pasaran global yang turut berada di atas talian sama, sekali gus menyukarkan perkembangan serta memasuki pasaran lebih luas,” katanya.

    Ketika diminta mengulas kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak baru-baru ini, Mustapa berkata, pencapaian itu diharap dapat meningkatkan lebih banyak pelaburan dan eksport di negeri terbabit.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Kerajaan Komited Untuk Teroka Pasaran Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top