Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem memulakan tugasnya di pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia di sini semalam selepas berjaya menerajui Barisan Nasional (BN) Sarawak memperoleh kemenangan besar pada Pilihan Raya Negeri (PRN-11) Sabtu lalu.

Satu majlis doa selamat kemudian diadakan sebagai tanda kesyukuran di atas kemenangan yang diperoleh BN pada PRN-11 yang lalu. Menurut sumber, Adenan dijangka mengumumkan pelantikan baharu Kabinet Negeri dalam tempoh terdekat dengan menggabungkan beberapa muka baharu dan lama.
Pada PRN-11 yang lalu, BN Sarawak berjaya mencatat kemenangan besar apabila memenangi 72 daripada 82 kerusi Dewan Undangan Negeri yang dipertandingkan.
0 comments:
Post a Comment