My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday, 3 April 2017

    Empat Bintang United 'Hilang' 10 Minit


    Pengurus Manchester United Jose Mourinho (gambar) secara terbuka mengkritik empat bintangnya selepas satu lagi aksi liga yang mengecewakan di Old Trafford yang berakhir seri tanpa jaringan dengan West Brom. 

    Skuad Mourinho kini mengumpul lapan keputusan seri menerusi perlawanan liga di laman sendiri musim ini, dan biarpun mendominasi tujuh perlawanan itu, mereka gagal memanfaatkan kelebihan penguasaan bola dan peluang kepada jaringan gol.

    Kekecewaan terkini kelmarin mengikuti trend itu yang mana United menguasai 75 peratus perlawanan berbanding Albion namun gagal memanfaatkan kelebihan untuk keputusan seri dan ini memberikan laluan mencabar sekiranya mereka mahu merebut empat tangga teratas.

    Marcus Rashford, Jesse Lingard, Henrikh Mkhitaryan dan Anthony Martial menjadi mangsa kritikan Mourinho apabila United yang kehilangan enam pemain utama berikutan kecederaan atau penggantungan, kehilangan 16 mata menerusi perlawanan di laman sendiri sepanjang musim ini. “Ia bagaikan deja vu sepanjang musim,” kata Mourinho.

    “Kami tidak konsisten. Kami hilang peluang mudah. Kami berdepan situasi yang mana kami melakukan asakan namun beberapa pemain bagaikan ‘hilang’ selama 10 minit, anda tidak nampak di mana mereka. Anda sentiasa melihat orang yang sama, orang yang sama bersusah payah berusaha. Ia mengecewakan.

    “Kami perlu menamatkan cabaran lawan. Apabila anda melihat jaringan yang dilakukan berbanding dominasi kami, ia terlalu berbeza. Jika anda seseorang yang tidak tahu apa-apa mengenai pasukan ini, anda pasti menyangka kami pasukan yang bertahan, melakukan serangan balas dan menanti kesilapan lawan. Ia bukan begitu.”
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Empat Bintang United 'Hilang' 10 Minit Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top