My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday 3 April 2017

    Melulu Rempuh Polis


    Tindakan seorang lelaki menunggang secara melulu sehingga melanggar kereta unit peronda (MPV) polis membawa padah apabila dia ditahan polis dalam satu Op Samseng Jalan Raya di sekitar Pasir Puteh di sini, awal pagi semalam. 

    Dalam operasi bermula jam 1 hingga 5 pagi yang dijalankan anggota trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh itu, seramai 143 mat dan minah rempit diberkas polis sebelum 252 saman dikeluar membabitkan 299 kesalahan yang dilakukan mereka.

    Semua mereka membabitkan 123 lelaki dan 20 perempuan yang kemudiannya diarahkan menolak motosikal masing-masing dari kawasan operasi hingga ke Cawangan Trafik IPD Ipoh di Jalan Chamberlain Hulu, di sini.

    Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, polis turut menahan lelaki berusia 23 tahun itu selepas dia melanggar MPV polis serta melakukan kesalahan pengubahsuaian motosikalnya.

    Katanya, tiada kecederaan dialami suspek atau pihak polis, namun kenderaan polis yang dilanggar itu mengalami kerosakan kecil di bahagian hadapan sebelah penumpang. Menurutnya, lelaki itu yang menunggang motosikal jenis Yamaha 135LC ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

    “Polis mengesan pelbagai kesalahan dilakukan antaranya menghalang lalu lintas, mengubahsuai kenderaan, tiada lesen memandu, langgar lampu isyarat, gagal menunjukkan lesen dan beberapa kesalahan lagi.

    “Semua mereka dibebaskan selepas saman dikeluarkan polis,” katanya dalam sidang media selepas mengadakan sesi dialog dengan penduduk di Rumah Pangsa Taman Harmoni, Buntong di sini, semalam.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Melulu Rempuh Polis Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top