My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday 3 April 2017

    Proton Tetap Pikat Pelabur



    Pakar melihat Proton terus menjadi tarikan kepada pemain industri asing yang berminat untuk menjadi rakan strategiknya memandangkan terdapat laporan pembida masih kekal membida untuk membawa jenama kenderaan nasional itu ke pasaran global. 

    Pakar Geostrategi, Azmi Hassan berkata, untuk melaksanakan transformasi Proton daripada pemain industri tempatan ke peringkat antarabangsa, beberapa perkara perlu diambil kira seperti teknologi, platform, model baharu dan pengeluaran lebih besar.

    “Proton dan pembida masih dalam beberapa proses penilaian terperinci dan bakal rakan strategik perlu mewujudkan sinergi yang akan memastikan kejayaan perkongsian berkenaan.

    “Saya yakin antara isu perbincangan ialah pinjaman mudah RM1.5 bilion yang diperoleh Proton tahun lalu daripada kerajaan yang mempunyai beberapa syarat serta pemindahan semua pembuatannya ke hab di Tanjung Malim,” katanya.

    Azmi berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Pengarah Urusan Kumpulan DRB-Hicom, Datuk Seri Syed Faisal Albar yang menafikan laporan media bahawa Proton kini hanya berdepan satu saja pembida sebagai bakal rakan strategik asingnya.

    Kenyataan itu tidak menamakan pembida berkenaan, tetapi difahamkan syarikat terbabit termasuk firma dari China, Geely Automobile Holdings dan pengeluar kereta kedua terbesar di Eropah, Groupe PSA, yang memiliki jenama Citroen, Peugeot dan DS.

    Beliau berkata, bagi firma dari China, Geely yang sebelum ini hanya jenama domestik di negara berkenaan mengambil langkah membeli pengeluar kenderaan dari Sweden, Volvo sekali gus membolehkan syarikat itu menggandakan pendapatannya, baru-baru ini.

    “Malah, dengan kelebihan penyelidikan dan pembangunan Volvo membantu memacu jualan jenama Geely.

    “Keuntungan bersih Geely melonjak 126 peratus, pertumbuhan keuntungan bersih terbesarnya dalam lapan tahun dan harga sahamnya meningkat tiga kali ganda sejak 12 bulan lalu. Manakala, di bawah Geely, Volvo mencatatkan lonjakan dalam jualan kereta di peringkat antarabangsa berbanding sebelumnya,” katanya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Proton Tetap Pikat Pelabur Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top