My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 4 April 2017

    Zulkiflee Presiden Baru Bank Rakyat


    Bank Rakyat mengumumkan pelantikan Datuk Zulkiflee Abbas Abdul Hamid sebagai Pengarah Urusan dan Presiden baru berkuatkuasa hari ini. Pelantikan beliau dalam jawatan berkenaan bagi menggantikan Datuk Mustafha Abd Razak yang sebelum ini memegang jawatan berkenaan sejak 1 April 2013. 

    Pengerusi Bank Rakyat, Tan Sri Shukry Mohd Salleh berkata, sebelum pelantikan itu, Zulkiflee Abbas adalah Ahli Lembaga Pengarah Maybank Islamic bermula April 2016. Katanya, beliau juga adalah bekas Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan dan Pengarah Urusan Affin Bank pada 2009 sehingga 2015.

    "Zulkiflee Abbas turut memegang beberapa jawatan dalam Jawatankuasa Lembaga dan Pengurusan sepanjang perkhidmatan beliau di Maybank dan Affin Bank.

    "Beliau juga berkhidmat dalam beberapa jawatankuasa industri sebagai ahli dan Pengerusi,termasuklah sebagai Ahli Majlis Persatuan Bank-Bank Malaysia serta Pengerusi Jawatankuasa Audit Malaysian Electronic Payment System (MEPS)," katanya pada sidang media pengumuman berkenaan di sini, semalam.

    Selain berkhidmat dalam industri perbankan, Zulkiflee Abbas turut menyumbang kepakarannya kepada masyarakat dengan memegang jawatan sebagai Ahli Majlis Penasihat Insaniah Global Centre bagi Perbankan Islam dan Kewangan, Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Budiman UiTM dan Bendahari Tabung Pendidikan 1 Bilion.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Zulkiflee Presiden Baru Bank Rakyat Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top