My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday, 13 July 2016

    Aidil Bersara Aksi Antarabangsa


    SELEPAS membuat penampilan sebanyak 68 kali bersama skuad kebangsaan sejak tahun 2007, pemain pertahanan, Aidil Zafuan Abdul Radzak akhirnya membuat keputusan untuk bersara daripada pentas antarabangsa. 

    Pemain pertahanan skuad Johor Darul Takzim (Johor DT) berusia 29 tahun itu mengumumkan hasrat tersebut semalam bagi memberi laluan kepada pemain muda mewakili pasukan kebangsaan. Menurut Aidil, dia mengambil keputusan untuk bersara setelah mempunyai rekod penampilan sebanyak 68 kali bersama skuad Harimau Malaysia sejak tahun 2007.

    Selain itu, katanya, langkah tersebut juga bertujuan memberi peluang kepada pemain muda yang lain untuk mewakili pasukan negara pada perlawanan akan datang. “Saya sangat berbesar hati kerana telah membantu skuad negara mencapai beberapa kejayaan di pentas antarabangsa termasuk memenangi pingat emas pada Sukan SEA 2009.

    “Selain itu, saya juga telah menabur bakti bersama pasukan kebangsaan pada kempen kelayakan Piala Belia Bawah 20 Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2004, kelayakan Sukan Olimpik 2008 serta perlawanan-perlawanan antarabangsa yang lain,” kata Aidil menerusi laman rasmi Facebook, Johor Southern Tigers semalam.

    Aidil berkata, dia merakamkan penghargaan kepada semua penyokong bola sepak tanah air, barisan kejurulatihan serta pengurusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang selama ini menyokong kariernya sepanjang berkhidmat bersama skuad kebangsaan.

    Aidil merupakan produk Sekolah Sukan Bukit Jalil dan dia mula mewakili skuad negara ketika berusia 16 tahun. Ketika berusia 18 tahun, Aidil mewakili pasukan Negeri Sembilan pada kejohanan Piala Presiden dan Sukan Malaysia (Sukma) 2004. Pencapaian terbaik Aidil bersama pasukan remaja Negeri Sembilan ialah memenangi pingat emas Sukma pada tahun 2004.

    Pada tahun 2005, Aidil diberi peluang untuk mewakili pasukan utama Negeri Sembilan. Pada tahun itu juga, dia diberi peluang untuk beraksi bersama Negeri Sembilan sehingga muncul selaku juara Liga Super dan naib juara Piala Malaysia.

    Pada tahun 2012, Aidil menyertai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi saingan Liga Malaysia, namun berpindah ke Johor DT pada tahun sama. Dalam perkembangan sama, kapten skuad kebangsaan, Safiq Rahim turut menyatakan hasrat yang sama, namun tiada pengesahan rasmi dibuat setakat ini.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Aidil Bersara Aksi Antarabangsa Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top