Sebelum ini, hanya kaum wanita sahaja yang menjadi sasaran perogol, namun hari ini, sesuai dengan peredaran zaman, kaum lelaki pula menjadi sasaran perogol wanita yang begitu menginginkan sperma daripada mangsa rogol mereka.

Pihak polis berkata, ketiga-tiga wanita yang dikatakan sebagai ‘pengumpul sperma’ itu kini giat melakukan perbuatan berkenaan di sekitar bandar Bulawayo, Zimbabwe. Menurut laporan, mereka telah menculik sebelum merogol seorang lelaki ketika mangsa menunggu di tepi sebuah lebuh raya di Avenue 6, di bandar ini.
“Mangsa yang mahu ke Taman Cowdray sebelum itu mahu menumpang kereta mereka, namun malangnya dia dibawa ke tempat lain,” kata jurucakap Jabatan Polis Bulawayo, Precious Simango.
Menurutnya, mereka membawa mangsa ke sebuah kawasan terpencil sebelum bertindak merogolnya secara bergilir-gilir. “Salah seorang wanita itu menggunakan kondom, manakala yang lain melakukan perbuatan itu tanpa sebarang perlindungan. Mereka kemudian meninggalkan mangsa di sebatang jalan raya,” katanya.

Juju" dipercayai boleh mendatangkan kekayaan, melariskan perniagaan dan mengelak penjenayah daripada dikesan.
Diharapkan, kejadian seperti ini tidak merebak dan berlaku di Malaysia sebab orang Malaysia ni mudah sangat terikut dengan budaya luar tanpa memikirkan terlebih dahulu buruk baik perilaku berkenaan...
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete