My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 4 April 2017

    Mati Ditembak Cuba Serang Polis



    Seorang lelaki warga asing maut selepas ditembak ketika mengejar seorang anggota polis menggunakan sebilah pisau di Kampung Pondo, Pulau Gaya kelmarin.

    Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang itu, suspek yang berumur lingkungan 30-an, berang apabila sepasukan lapan anggota polis datang ke kediamannya yang dibina di atas laut untuk menangkap lelaki itu kerana disyaki menikam bahagian kiri perut dan mencederakan dagu isterinya.

    Ketua Polis Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M. Chandra berkata, lelaki berkenaan disahkan meninggal dunia ketika tiba di jeti Pasukan Polis Marin (PPM), Kota Kinabalu, ketika hendak dibawa menerima rawatan di hospital.

    Sebelum ditembak, beliau berkata, suspek yang bersenjatakan sebilah pisau meluru ke arah salah seorang anggota polis ketika pasukan keselamatan itu cuba memujuk lelaki terbabit agar menyerah diri.

    Tanpa mempedulikan pujukan pasukan polis, M. Chandra berkata, suspek sebaliknya meluru ke arah seorang anggota polis yang berdiri di atas sebuah jambatan kecil sambil melibaskan senjata dan menjerit ‘aku akan bunuh kau’ terhadap anggota polis berkenaan.

    Tambahnya, bagi mengelak dicederakan oleh suspek yang bertindak liar, anggota polis berkenaan melarikan diri sebelum terjun ke laut yang kedalamannya pada paras paha.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Mati Ditembak Cuba Serang Polis Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top