My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday, 11 July 2016

    14 Orang Maut Akibat Kesesakan Trafik


    Kesesakan luar biasa di daerah Brebes di wilayah Jawa Tengah menyebabkan 14 pengguna jalan raya meninggal dunia akibat kepenatan dan sakit jantung. Jabatan kesihatan Brebes memberitahu, orang ramai yang pulang ke kampung sempena hari raya ini menyebabkan kesesakan teruk di beberapa jalan dan lebuh raya utama di daerah berkenaan. 

    Ketua Jabatan kesihatan Brebes, Sri Gunadi Purwoko berkata, tujuh hari sebelum hari raya yang disambut pada Rabu lalu seramai 14 mangsa dilaporkan meninggal dunia akibat kesesakan jalan raya.
     
    "Semua mangsa yang meninggal dunia dilaporkan mengalami masalah kesihatan seperti serangan jantung. Ada mangsa dilaporkan pengsan sejurus turun dari kenderaan sebelum disahkan meninggal dunia,” katanya.

    Menurutnya, antara laluan yang mengalami kesesakan jalan raya yang teruk adalah susur keluar lebuh raya Pejagan-Brebes Timur. Ujarnya, ribuan kenderaan yang menggunakan lebuh raya itu pada musim perayaan menyebabkan kenderaan hampir tidak bergerak selama beberapa jam.

    Ketua Agensi Bantuan Bencana Indonesia, Sutopo Purwo Nugroho berkata, agensi bantuan di Brebes melaporkan ramai mangsa yang meninggal dunia akibat keletihan sebelum jatuh pengsan atau muntah-muntah selepas terlalu lama berada di dalam kenderaan.

    “Antara mangsa yang terkorban dalam kesesakan jalan raya ini seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun yang menaiki kereta bersama keluarganya. Kanak-kanak yang dikenali sebagai Azizah itu dikejarkan ke hospital selepas tidak sedarkan diri akibat terperangkap dalam kesesakan jalan raya selama enam jam. Apabila tiba di hospital, doktor mengesahkan kanak-kanak itu sudah meninggal dunia,” katanya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: 14 Orang Maut Akibat Kesesakan Trafik Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top