Chelsea dilaporkan bersedia membantu Lionel Messi yang kini dihimpit kontroversi kes penipuan cukai dengan cara mengumpan penyerang Barcelona itu ke Stamford Bridge pada musim depan. Justeru pengurus baharu The Blues, Antonio Conte mahu mengatasi bidaan Manchester City yang juga berminat mendapatkan sentuhan pemain berusia 29 tahun itu.
Messi dikatakan ingin meninggalkan The Catalans ekoran kes penipuan cukai di Sepanyol dan bapa pemain itu juga telah bertemu pemilik Chelsea, Roman Abramovich. Pertemuan tersebut diadakan di atas kapal mewah milik Abramovic, The Eclipse ketika The Blues benar-benar berhajat menandatangani pemenang lima anugerah Ballon d’Or tersebut.
Chelsea juga dikatakan bersedia menawarkan Barcelona sekitar £110 juta (RM574 juta) yang menyaksikan Messi bakal meraih pendapatan kira-kira £600,000 (RM3.1 juta) seminggu.
Bagaimanapun, City turut terdesak memikat bintang dunia itu dan dilaporkan telah menyediakan kontrak yang bakal menyaksikan Messi meraih pendapatan mingguan sekitar £800,000 (RM4.1 juta).
0 comments:
Post a Comment